Hurm..entahlah,kadang-kadang bukan mudah untuk kita wat yang terbaik tuk semua orang.Mungkin perasaan dan hasrat kita berbeza ataupun matlamat yang kita capai hanya didengari oleh kita sahaja...mungkin matlamat itu hanya berlegar dalam jiwa kita sahaja tanpa dapat didengari oleh orang lain...Aku pasti mereka yang tidak fhm apa yang bergolak dan berkocak dalam jiwa cikgu mereka ini....Jiwa seorang guru mmg pasti inginkan yang terbaik untuk anak2 mereka ttp mereka tidak fhm agaknya pengorbanan seorang guru untuk mereka....Mereka lebih ambil mudah dan membiarkan ia terus berlalu kan...
Bagi aku pulak, jiwa guru itu mmg tidak boleh dipisahkan kiranya...Kalau dulu, tak pernah terlintas di hati,jiwa nurani aku ini untuk bergelak guru...panggilan cikgu itu seolah-olah begitu keramat untuk aku sandang..melihat kepada fizikal dan dalaman aku,aku tak pasti samada aku boleh pikul atau tidak..tetapi kini sudah 5 tahun aku memegang tanggungjawab itu...tetapi kadang-kala aku hampir tewas...tewas dengan masa...tewas dengan tanggungjawab dan hampir tewas dengan gelagat anak2...tetapi aku berusaha dan masih lagi berusaha untuk meneruskan semangat aku yang hampir pudar...kalau difikirkan semula, adalah lebih baik aku rehat2 sahaja di rumah, sambil tgk2 tv...tauapun lebih baik tidur merehatkan jiwa dan badan...tetapi bila bidang ini yang aku pilih....bidang ini yng aku minaat...ditambah dengan semangat yang mendalam untuk membuktikan sesuatu,aku ttp teruskan...
Msalah pasti akan timbul....mcm aku kata tadi...perasaan aku dan matlamat aku diorang xfhm...mungkin mereka budak2 kot...hanya rakan2 yang menyokong aku ttp dari segi dalaman x seorang pun yang fhm...hurm....
Mcm aku nak drive balik rumah mak aku dan meraung depan dia....menangis puas2....luahkan segalanya pada mak aku....sebak dan rabak jiwa aku tatkala ini....tp bila menangis pun masalah ttp ada...cuma perasaan sebak itu akan hilang...hurm....
entahlah...mungkin pada lembaran blog ini sahaja boleh aku luahkan perasaan yang berbuku...pada saper lagi aku nak minta tlg yer....hanya pada Allah sahaja aku berserah...Dia yang Maha Mengetahui gelora jiwa ini...bagaikan tanpa pasti...semoga Dia faham dan berikan aku ketenangan dan semangat untuk teruskan latihan ini...Aminnnnnnnnn!
No comments:
Post a Comment