

Dua tiga hari ini menjadikan aku banyak berfikir.Berfikir tentang diri,tentang keluarga, tentang persekitaran ,tentang kawan-kawan, tentang sekolah dan banyak lagi...Mungkin umur yang hampir mencecah 33 tahun ini menyebabkan perspektif fikiran aku juga semakin berubah...Bukan mudah menjadi anak lelaki sulung dalam keluarga...Tidak ramai yang boleh faham dan mengetahui apakah beban yang aku tanggung sebenarnya.Tidak juga adik beradik yang benar-benar boleh menyelami hati aku yang kadang kala seakan meronta untuk melepaskan diri dari belenggu yang datang ini.Tapi aku tak berdaya, bukan mudah yer.....Tetapi, aku berpegang kepada prinsip.Aku tetapkan prinsip dalam hati aku.Tanggungjawab seorang anak mmg benar2 sukar. Aku tidak setabah ayah aku dan mak aku yang telah membesarkan aku.Yang telah menjaga aku....tak pernah mengabaikan tanggungjawab mereka sampai aku berjaya begini....Jadi tidak wajar jika aku katakan TIDAK kepada apa sahaja yang mereka inginkan.Kalau dulu masa aku sekolah,apa sahaja yang aku minta mesti dapat untuk memastikan proses pembelajaran aku selesa,untuk memastikan hidup aku sentaisa gembira.Jadi wajarkah sekarang aku mengatakan TIDAK atas semua permintaan mereka.Tapi,ada orang yang tidak faham....ada orang yang mengambil kesempatan terhadap aku.


Lain pula halnya dengan keadaan persekitaran aku..Kadang2 aku mmg tertekan.Aku fikir kenapa mereka tidak boleh berfikir macam aku...Biarkan rumah bersepah..!Dapur tak berkemas.Adakah aku yang kena kemas semuanya walaupun keadaan itu bukan berpunca dari aku...Mereka boleh membiarkan sinki penuh dengan segala macam peraltan yang tidak berbasuh sedangkan mereka berada di rumah dan tidak bekerja...MENGAPA....? Mereka sanggup tinggal dalam keadaan macam itu....Mereka melupakan tanggungjawab duduk di rumah sewa dan lebih memetingkan benda-benda lain seperti hal-hal 'anak' yang mereka anggap lebih utama dalam hidup....Tanggungjawab tidak dilaksanakan tetapi lebih utamakan perkara2 remeh....!

Secara jujurnya, aku nak semua orang yang berada di sekeliling aku, yang berkaitan dengan aku menjadi orang yang berjaya...senang hidup sampai ke tua.Dan aku xnak bila tua nnt,kita semua akn menjadi orang tua yang ditinggalkan hidup merempat tiada harta dan mengharapkan ehsan orang lain.Akhirnya, terdampar di rumah orang-orang tua....!Snggup ker jd begitu....?Tentu tidak kan...jadi apa perancangan anda semua...masih lagi berada dalam dunia awang-awangan yang tiada arah tujuan....hidup ibarat KAIS PAGI MAKAN PAGI,KAIS PETANG MAKAN PETANG ataupun KAIS-KAIS KITA TAK MAKAN, ANAK DI KEPUK KENYANG SEBULAN...Stress mmg muncul juga dalam hidup....!Tapi aku akan berusaha untuk meneruskan kehidupan untuk diri aku dan keluarga aku.....!Insya-Allah...Aku berdoa kepadaMu yang Maha Esa,tetapkan imanku yang tidak seberapa ini untuk meneruskan kehidupan aku kearah yang Engkau redhai...Amin!