Thursday, January 28, 2010

Alhamdulillah....

Alhamdullillah....ayah telah pun dibenarkan keluar dari hospital. Semalam agak kelam kabut gak bagi aku. Aku ke sekolah jam 10 pagi. Ada latihan bahas untuk budak-budak aku. Aku pilih budak2 sesi petang tahun nih.Budak-budak form 1 ngan budak form 2...hahahahah. Then, tengah2 aku latih tu, pihak HSA (Hospital Sultanah Aminah) col aku...Terkejut gak sebab aku tinggalkan henset kat bilik kaunseling. Ratna yang angkat. Dia pulak yang cuak biler HSA col...Tp biler aku col balik wad Dahlia 4, rupa-rupanya ayah aku dah boleh discharge dari wad...Lega aku dengar.
Alhamdullilah.......!
So, aku pun minta time-off dari En Panir... aku uruskan ayah pulang dari hospital...Bila dah selesai segalanya...Lega rasa hati...At least aku tak yang nak amek mak aku dar Taman U ke hospital dan balik setiap hari....
Ayah aku pun nmpk mcm ok jek....cuma biasalah bila kena stroke....!badan xleh gerak kan...doakan jelah Ayah aku sihat....
Ok, time to go...nak teruskan latihan bahas nih....!

Saturday, January 23, 2010

Kemangkatan Sultan Johor........


Seluruh rakyat dah jajahan takluk Johor melahirkan rasa sedih dan takziah di atas kemangkatan Sultan johor. Sultan Johor yang berjiwa rakyat ini menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 7.15pm 22 Januari 2010 di Hospital Pakar Puteri johor Bahru.
Seawal pengumuman kemangkatan Almarhum, seluruh anak johor sudah mula berkabung dengan memakai pakaian berwarna putih atau hitam.


Sebagai ganti, anakanda Sultan Johor dilantik sebagai Sultan Johor menggantikan ayahandanya. Majlis perlantikan itu dilakukan sebelum majlis pengkebumian Almarhum Sultan.



Istiadat pengkebumian Almarhum Sultan bermula kira-kira jam 2.00ptg.Perarakan yang bermula dari Istana Kebun Bunga menuju ke tanah perkuburan Mahmodiah...Rakyat Johor digalakkan mengadakan tahlil di masjid-masjid dan surau-surau selama 7hari berturut-turut. Rakyat Johor juga digesa untuk berkabung selama 7 hari bagi menghormati pemergian Almarhum Sultan Johor..

Thursday, January 21, 2010

Jaga kesihatan....!

Salam semua...adakah anda sihat? ada batuk2....ada selesema, ada rasa x sedap badan,.....mungkin tu antara petanda anda kena demam denggi....
Semalam ada operasi dari Jabatan Kesihatan...mula2 diorang dtg umah dalam kul 12 gitu...nak cek2 umah.Tp aku dah nak g sek masa tu n budak2 rumah plak ada show kat Danga Bay, so diorang x la cek sgt kat umah tu....
Ptg2 ckit dlm kul 7 lepas aku sampai umah dr sekolah....orang2 dr pejabat Kesihatan dtg dah standby nak sembur nyamuk...heheheheh
Kitorang pun standby posing2 kt luar rumah....nak tunggu diorang sembur..
Sekarang nih ada semburan cara baru...dah tak guna petrol...dah xder yang banyak2 asap tu,lebih kepada 'water-base'...lebih selamat dan kurang asap,bau pun kurang ....
So, lepas sembur leh trus masuk masuk dalam rumah.....!heheheheh
Yang paling aku impress ialah bukan nyamuk yang banyak mati tp lalat yang mati bergelimpangan kat dalam rumah....
Selamat dah rumah aku dari gangguan lalat dan nyamuk...........!
So korang semua kena la jaga kebersihan yer...jgn ada jentik2 kat rumah tu.....!

Thursday, January 14, 2010

Hai...Hai...Hai...

Sekali lagi ayah aku dimasukkan ke hospital...Kali ini disebabkan oleh ayah aku tak dapat bernafas dengan sempurna.Mungkin ada kandungan air yang banyak di dalam paru-parunya...Bila x-ray,ada sedikit jangkitan dalam paru-paru dia kerana sering tersedak ketika makan.Jadi, doktor kasi antibiotik untuk redakan jangkitan itu..
Sekarang dia g dialisis..Balik nnt doktor akan buat CT scan pulak..
Harap2 semua ok dan ayah aku boleh balik ke rumah.Bila balik ke rumah hati aku senang sikit.
Buat semua,doakan ayah aku dapat balik ke rumah dengan segera dalam keadaan yang selamat....!

Monday, January 11, 2010

AKTIVITI Pada Hari AHAD...

Salam sumer..bagaimana kerja hari ini? Ada baik sumer? Nak suh citer pasal AJLke-24 kah?
Tak perlu ler ek...pada aku no komen sgt...Tahniah pada yang menang...Aku bukan judge to do the judging..Aku terhibur dan suka sgt...bagi penyanyi yang baru tu...tingkatkan usaha untuk bersaing di dunia hiburan Malaysia....!
Hari Ahad selalunya aku isytiharkan sebagai hari jimat air...tapi semalam kitorang plan nak cuci kereta..Seronok kalau cuci kereta ramai2...kalau sorang2..alamatnya anta car-wash jek la kan...
Pulak tu, kitorang satu umah x mandi lg walaupun dah kul 6 masa tu...hahaha!Nak jimat air kononnnya tp last2 bazir air gak kan....
Seronok tau cuci kete ramai2 nih...tgk la muka aku tu...mula2 mcm tak ikhlas kan, tp bila dah basah kuyup...gembira tak terkata la....siap pose2 manja lagi...

posture ttp vogue....!ada nak join aku cuci kereta ker? Penat tau cuci kereta nih..sampai lenguh2 pinggang...nasib baik ada kwn2 dtg mmbantu...klu x..!harapkan aku jek...sure aku x wat kerja2 mcm nih kan....hahahah

JJM sedang melalui proses pembersihan.Entah2 kereta ni terkejut x..yelah,tuan di adah la pemalas, tetiba arni nak cuci kereta plak...mesti kereta aku terkejut..tp kata orang benda2 pelik xyah tegur,t kena sampukkkk....!


JKM in action...nih kete su.Cuci jugak jgn x cuci...yang nih blom bilas lg tu yang penuh sabun lg tu...

kwn2 pun ada gak nak nolong....DD tetap maintain cantik kan...cantik KAH dia?

Ajak pun ada...jirus2 n siram2 air kat kete...last2 dia siram orang..dah camner tu?

lepas dah basah2 ngan air n sabun...kena la lap kereta tu pulak kan...kalau dibiarkan nnt ada capukan bekas2 air yang kering atas badan kereta tu..dah buruk kan...!

So siaplah kerja basuh membasuh kete aku n kete su.Kalau nak hantar kt kitorang cuci kereta leh la anta tp kena r charge...RM 20 sebuah kereta kalau nak cuci...ADA BERAN ?

Thursday, January 7, 2010

Pembukaan Sesi Persekolahan...

Salam 1Malaysia semua...semoga semua sihat yer! Hari nih dah masuk hari ke-4 sesi persekolahan bermula. Banyak kerja yang perlu disiapkan namun aku ttp maintain dengan kerja-kerja aku yang banyak itu.Tak perlu nak rushing2 kalau kita pandai manage.
Bila dah masuk hari ke-4 ni maknanya aku pun dah nak mula ajar bufak2 form1.Selama 3 hari diorang perlu menghadiri sesi orientasi iaitu pengenalan kepada budaya dan persekitaran sekolah. Tahun nih aku dapat 18masa mengajar seminggu. Subjek mcm biasa BM form2 and pendidikan sivik form1. BM ada 2 kelas dan sivik ada 3 kelas...
Budak2 form2 semua dah pernah jumpa aku dan diorang dah tau cara aku mengajar tp budak2 form 1 first time aku jumpa...mungkin diorang terkejut dengan cara...xtau ler.Tgk la nnt biler aku masuk kelas diorang nnt...
Semalam aku tidur hampir jam 4 lebih...knp ek?Aku browsing2 kt Facebook cari bdk2 bekas pelajar EC....and fortunately...mmg ramai budak2 EC batch aku ada kt Facebook.Itulah baiknya Facebook nih. And En Khair Ngadiron pun bekas pelajar EC rupanya...Satu alumni la rupanya kitorang nih.
Minggu depan dah mula latihan rumah sukan...Hari Isnin plak tu.Hish la ek...xsempat nak bernafas,dah mula latihan rumah sukan....Xperla kan, cepat mula, cepat la habisnyer...Kejohanan Olahraga pun 2Mac...so standby la yer........!