Saturday, February 27, 2010

Luahan Hati.....!


Salam semua...di pagi hari Sabtu yang cerah dan indah...!Adakah hari yang indah ini juga akan melakarkan peristiwa-peristiwa yang bakal mengubah hidup dan pemikiran aku....Erm,entahlah kan...
Dua tiga hari ini menjadikan aku banyak berfikir.Berfikir tentang diri,tentang keluarga, tentang persekitaran ,tentang kawan-kawan, tentang sekolah dan banyak lagi...Mungkin umur yang hampir mencecah 33 tahun ini menyebabkan perspektif fikiran aku juga semakin berubah...Bukan mudah menjadi anak lelaki sulung dalam keluarga...Tidak ramai yang boleh faham dan mengetahui apakah beban yang aku tanggung sebenarnya.Tidak juga adik beradik yang benar-benar boleh menyelami hati aku yang kadang kala seakan meronta untuk melepaskan diri dari belenggu yang datang ini.Tapi aku tak berdaya, bukan mudah yer.....Tetapi, aku berpegang kepada prinsip.Aku tetapkan prinsip dalam hati aku.Tanggungjawab seorang anak mmg benar2 sukar. Aku tidak setabah ayah aku dan mak aku yang telah membesarkan aku.Yang telah menjaga aku....tak pernah mengabaikan tanggungjawab mereka sampai aku berjaya begini....Jadi tidak wajar jika aku katakan TIDAK kepada apa sahaja yang mereka inginkan.Kalau dulu masa aku sekolah,apa sahaja yang aku minta mesti dapat untuk memastikan proses pembelajaran aku selesa,untuk memastikan hidup aku sentaisa gembira.Jadi wajarkah sekarang aku mengatakan TIDAK atas semua permintaan mereka.Tapi,ada orang yang tidak faham....ada orang yang mengambil kesempatan terhadap aku.


Aku juga memikirkan kehidupan aku pada masa hadapan...Aku tak nak bila aku tua nnt aku akan tinggal sebatang kera...Siapa pula yang akan menjaga aku bila aku tua nnt. Aku juga mengharapkan akan ada seorang anak macam aku yang akan menjaga hati aku, diri aku dan keperluan aku sebagaimana aku menjaga segala keperluan mak dan ayah.Tapi kenapa adik aku tak faham.Dia lebih pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan bebanan yang aku tanggung....Ukur baju di badan sendiri....Jangan buat kalau tak mampu....JANGAN BERANGAN!!!!!!



Lain pula halnya dengan keadaan persekitaran aku..Kadang2 aku mmg tertekan.Aku fikir kenapa mereka tidak boleh berfikir macam aku...Biarkan rumah bersepah..!Dapur tak berkemas.Adakah aku yang kena kemas semuanya walaupun keadaan itu bukan berpunca dari aku...Mereka boleh membiarkan sinki penuh dengan segala macam peraltan yang tidak berbasuh sedangkan mereka berada di rumah dan tidak bekerja...MENGAPA....? Mereka sanggup tinggal dalam keadaan macam itu....Mereka melupakan tanggungjawab duduk di rumah sewa dan lebih memetingkan benda-benda lain seperti hal-hal 'anak' yang mereka anggap lebih utama dalam hidup....Tanggungjawab tidak dilaksanakan tetapi lebih utamakan perkara2 remeh....!

Aku juga membayangkan yang aku akan membina satu keluarga yang indah...dengan anak-anak yang comel...yang akan menjaga aku bila aku tua nnt...! Tetapi, bila agaknya perkara itu aku berlaku jika hidup aku terus-terusan begini kan.....!


Secara jujurnya, aku nak semua orang yang berada di sekeliling aku, yang berkaitan dengan aku menjadi orang yang berjaya...senang hidup sampai ke tua.Dan aku xnak bila tua nnt,kita semua akn menjadi orang tua yang ditinggalkan hidup merempat tiada harta dan mengharapkan ehsan orang lain.Akhirnya, terdampar di rumah orang-orang tua....!Snggup ker jd begitu....?Tentu tidak kan...jadi apa perancangan anda semua...masih lagi berada dalam dunia awang-awangan yang tiada arah tujuan....hidup ibarat KAIS PAGI MAKAN PAGI,KAIS PETANG MAKAN PETANG ataupun KAIS-KAIS KITA TAK MAKAN, ANAK DI KEPUK KENYANG SEBULAN...Stress mmg muncul juga dalam hidup....!Tapi aku akan berusaha untuk meneruskan kehidupan untuk diri aku dan keluarga aku.....!Insya-Allah...Aku berdoa kepadaMu yang Maha Esa,tetapkan imanku yang tidak seberapa ini untuk meneruskan kehidupan aku kearah yang Engkau redhai...Amin!

Friday, February 19, 2010

BBQ

Assalamualaikum semua, camner percutian korang sempena Tahun Baru Cina nih...?Selamat semuanya....? Ada yang cuti sampai hari Selasa..ada yang cuti seminggu kan.Semoga semuanya selamat dah sejahtera la yer...jgn la pulak ada yang tersedera putus jari sebagainya bermain mercun kan...!
Bila cuti2 panjang nih..mmg bosan plak kan...!Ghulam pun cadangkan kt aku ,jom kita wat bbq...Ok gak kan...! So, berlangsunglah BBQ kat umah aku bermula jam 600pm...semua disponsor oleh Wirama d Tari.Alhamdulliah...ada duit ckit kan.X salah kalau wat kebajikan kat orang kan..!

Seawal jam 7pm Ghulam ngan Ajak dah start wat bara.Aku beli gak tmpat BBQ yang baru.Kira mcm aset wirama la tu kan.Nnt biler nak wat BBQ dah senang..!


Akhirnya, tmpat BBQ pun dah siap ada bara.Diorang dah x sabar nak bakar2 ayam nih.Tapi aku ckp kul 8mlm bru leh mendarat...Hehehe...semangat nih.Majlis pertama kat rumah sewa yang baru kan.



Sebagai permulaan...nak test2 bara tu panas ke tak,ghulam bakar kentang dulu...mmmmmmmmm mmg sedap sgt..!


Didie kat dapur nak goreng mee siam.Menggunakan resepi Mak Mie..sedap nih...!hahahahaha...Masak2 pun leh pose2 manja ek...jang hangit mee tu udah ler!


Nak tunggu bbq ayammmkena la pose2 dulu,baru ada semangat nak bakar ayam kan...!

NI antara menu lain yang boleh dinikmati oleh barisan penonton dan hadirin yang datang...! Sedap nih hotdog...yum...yum...!


Pose lg....ni sumer gmbr budak2 satu umah aku...ttp maintan vogue walaupun panas kan...!aku pulak...ala2 terkejut kerana tak sangka masa bakar ayam pun ada orang nak Paparazi aku...Nasib baik aku sentiasa camera ready.....!


Bila dah malam ckit, dah makan sumer...we ols berbincang nak wat aktiviti nih....!So Ghulam sebagai Game Oganizer mencadangkan kita main Pepsi-Cola....jeng..jeng..jeng..!


Terkangkang kau main benda nih....!Nasib baik aku ada cukup stamina...hahhahhah.Tapi game nih last dalam 2 3 pusingan jek...sebab dah x larat..!NEst game....Cap Kali Cap....favourite nih...!




Main punya main...sampai terduduk aku....Penat la main benda nih...!BBQ aku last sampai kul 11 lbh gak...Ada nasi,mee, air dll yang lebih....Alhamdulillah, dah settle hajat aku..!Lega....!

Thursday, February 11, 2010

Sukan Tara & Acara sebelum Sukan 2010

Salam semua, masih sihatkah kawan2 aku diseluruh Malaysia dan dunia nih....? Semoga semua masih sihat dan mampu menhirup udara di bumi Allah yang tercinta ini...
Sepanjang minggu ini, acara Sukan Tara dan Acara Sebelum Sukan berlangsung ...meriah mmg meriah tetapi dalam kepenatan la kan...Kena kerja pagi dan petang...waktu pagi kena jaga budak2 bersukan dan waktu petang kena mengajar kt sekolah pulak....heheheheh.Xperla, dalam penat2 nih masih lagi aku rasa seronok kerana melihat gelagat anak2 murid yang mengelikan hati....Diorang ni bila tiba time2 sukan mmg semangat giler...kalau kt dalam kelas mengantuk jek la...!
Acara Sukan Tara bermula ari Isnin dan Selasa..selalunya masa dulu2 aku sek kt EC, sukan tara dia buat sebelah petang untuk budak petang n masa pagi untuk budak pagi...so masalah kehadiran x wujud....!Tp sekarang nih aku kena la gigih nak bangun pagi sebab nak handle budak2 nih kan......!



Guru2 rumah sukan nih mmg la semangat semua.Sampaikan kalau anak2 buah diorang xlepas apa2 acara, muka mula berkerut...mcm yer2 jek diorang nih.Tp aku mmg tabik kt rakan2 sekerja aku ni...semangat kesukanan diorang xleh dihalang...terus membara la katanya....!




Pagi2 lagi budak2 dah berkumpul kat padang sekolah.Ada yang terpisat2 lagi matanya ...yelah x biasa bangun pagi kan....!Tapi tanggungjawab ttp dilaksanakan dengan jayanya...






Penjaga garisan pun dah sedia. Kalau korang nak tau, acara sukan tara ada 4 iaitu lompat jauh, lontar peluru, 100m n 400 m..diorang nih mmg dah stanby nak mulakan acara 400m....tp lepas berlari nih mmg ler penat..kesian budak2 nih kan...!


Yang belum lari lagi mmg la gembira...siap2 pose lg ngan kwn2 diorang.diorang xtau kena lari dua pusingan padang kan....!




Aku kena settlekan buat air...so oleh kerana aku rumah Hijau (grundy) so aku buat la air warna hijau...very the tema kan...!hahahahaaha



so biler sumer dah bersedia, kita teruskan perjuangan dengan perasaan yang sangat gembira...!


p/s : mmg penat giler minggu nih.....