Wednesday, May 5, 2010

salam semua...

salam...apa khabar semua?harap semua rakan2 kembali segar untuk meneruskan kehidupan pada hari Rabu yang berbahagia ini...
Minggu ini mmg penat...aku kena uruskan latihan tarian untuk perasmian Kejohanan Olahraga MSSM peringkat kebangsaan. Walaupun sekolah aku kena hantar 20orang penari sahaja namun proses mengajar dan belajar ini mmg perit. Dalam kalangan 20orang penari itu, 70% adalah mereka yang pernah menari ttp ada juga yang terselit selebihnya yang pertama kali menggerakkan kaki dan tangan mengikut alunan muzik....Adoi camana nak uruskan diorang ini semua.Sedangkan Amirul pun boleh 'naik hantu' biler mengajar diorang semua...huhuhu!
Kalau ikutkan jadual,hari ini ada latihan berpusat di Pusa Ko-Ko Johor.Latihan ini akan menggabungkan semua penari dari semua sekolah yg terlibat. Tetapi ditunda ke hari esok...
Mula2 fikir mmg la seronok tp kepenantan yang ditanggung tu sgt menyeksakan...Yelah,latihan dari jam 9pg hingga jam 5 ptg...penat tau....!
Jadi, kepada mereka yang berminat untuk menyaksikan majlis perasmian tersebut, datanglah beramai2 ke Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunos, Larkin pada 18mei 2010 jam 8 malam...ok

No comments: