Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009!!!!

Hai....selamat tahun baru 2009.....!!!bila tahun bertambah maka umor juga bertambah...pengalaman mungkin bertambah n tanggungjawab of course bertambah....
jadi, kepada sesaper sahaja yang membaca blog ini, mari kita bersama2 muhasabah diri...renung kembali apa yang telah berlaku dan apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2008...berbaloikah segala usaha dengan hasil yang kita dapat?sudah cukupkah segala apa yang kita perolehi selama ini...?

thn depan genap umor aku 32 thn...memetik kata Mak Mi (mak aku ler nih...!)kalau kawin anak dah 4orng....dah besar2 n mungkin dah sekolah agaknya...tp aku fikir xperlu kawin kot...aku ada tanggungjawab yang lebih besar dr kawin...ramai gak orang tanya kat aku xspecially cikgu Zizah..bila nak kawin...?tp aku ada benda yang lebih besar yang perlu aku fikir n buat...

aku perlu menjaga n memberi nafkah kat mak n ayah aku....dulu masa aku belajar aku senang2 mintak duit kat diorang tanpa fikir betapa susah diorang cr duit.dan sekarang masa yang paling sesuai...n aku anak lelaki sulung...tanggungjawab mmg besar.and aku rasa puas...cukup2 puas bila dapat senangkan hati diorang semua.sejak ayah aku dialisis,segala tanggungjawab keluarga jatuh di bahu aku...tapi sekali lagi aku cakap aku puas...sgt2 puas...!

ada orang pernah kata, duit kita kalau habis kat mak bapak kita, kat family kita....Insya-Allah keberkatannya berlipat kali ganda...!!!Alhamdulillah, mungkin dengan keberkatan itu jugalah duit aku sentiasa muncul wpun kadang2 sesak...!dan aku sentiasa berdoa berilah kekuatan untuk aku mencari rezeki untuk org tua aku...yang mungkin esok lusa akan kembali menghadap Ilahi...dan inilah saat2 yang aku tak suka nak tunggu....!xnak....!

Itulah sebab utama....yang mungkin orang lain tak tau kenapa aku tak kawin sampai sekarang...!walaupun aku tak stay kat rumah diorang tp aku sentiasa balik ke sana....tengok apa yang kurang,tanya khabar apa cerita dan tgk2 ayah yang pada aku cukup sihat walaupun kena g dialisis 3x seminggu....

eh...mcm teremosi plak pada mlm2 tahun baru...dada pun sebak jewk....n kenapa aku rasa sangat sedih bila ingatkan perkara2 mcm nih...!

tp yang penting,dengan semangat baru, AZAM yang baru dan cita2 n matlamat yang baru....aku berdoa dan dengan izin yang Maha Esa...aku terus dengan tugas dan tanggungjawab yang aku galas....

SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2009 DAN HIJRAH 1430...

P/s : Aku tak suka wat AZAM...mcm ridicolous....yang penting ingat tanggungjawab kita...

No comments: