Monday, November 30, 2009

Hari Raya Qorban dan PIndah Rumah....!

Selamat Hari Raya Qorban....yang menuntut untuk kita melihat semula kisah silam kita adakah kita selama ini cukup betah dengan segala ketentuan Yang Maha Esa. Adakah kita telah benar-benar berkorban jiwa dan raga ataupun sekadar berkata-kata di bibir...?




Mulut, lidah dan bibir adakah 3 sekawan yang sering berganding bahu untuk menghalalkan niat dan cara tapi adakah HATI kita benar-benar ikhlas...? Kadang-kadang kita pun malu nak mengakuinya dan membiarkan ia berlalu dengan harapan orang sekeliling akan melupainya...TAKUT GAK KADANG-KADANG...takut pada bayang-bayang sendiri....!



Hehehehehhe....aku pun takot gak.Anyway,Hari Raya AidilAdha ni memberi sejarah tersendiri buat aku dan budak2 rumah aku....untuk ke sekian kalinya,aku berpindah rumah ke Larkin Jaya..sebuah rumah kampung yang agak besar berbanding rumah lama aku...dengan sewa yang juga bertambah dari RM350.00 sebulan kepada RM600.00 sebulan...
Penat gak biler pindah rumah nih but I can say that I'm The Lucky One...ada anak2 yang datang menolong...hehehehe...Thanx kepada semua anak2 aku....


Penat diorang nih tunggu lori nak datang...Janji kul 9.00 pg tp last2 dtg kul 12.00thari...boleh gitu...tp xper...akhirnya lori pun sampai...


mulalah aktiviti angkat mengangkat...penat seh dorang ni angkat barang...aku ttp maintain hahahahaha.........


Bila dah siap...2 orang anak aku naek lori...kononnya tunjuk jalan ke rumah baru aku...

Kemudian, tanpa segan dan silu lori tu pun terus meluncur laju di atas jalan raya menuju ke Larkin Jaya...



Ni keadaan rumah aku sebelum barang masuk...agak besar dan selesa....

siap ada verandah...boleh digunakan untuk melepak,berehat2 dan of coz tmpat latihan tarian.....selesa ckit....xyah nak cari tmpat lain kan.....hehehehehe

Well, itulah aktiviti semasa cuti Hari Raya Qorban...thanx kepada anak2 yang sudi membantu nagkat barang2 rumah, kepada Che Thong yang kasi no tel lori, kepada kwn2 yang sudi membantu mcm Ghulam n Kak Yoly...


Akhir kata,kami SEKELUARGA mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.....!

No comments: