Monday, September 28, 2009

Kembali Bertugas....

Selamat kembali bertugas kepada semua guru2 di Malaysia... setelah seronok beraya selama seminggu maka jgn lupa kepada tugas dan tanggungjawab kita sebagai pendidik bangsa...Memetik kata-kata Pengetua semasa perhimpunan rasmi tadi...berikut adalah tarikh-tarikh penting untuk kita sebelum bermula cuti pada hujung tahun nnt...

1. Tarikh Peperiksaan Akhir Tahun
Tingkatan 1 : 22 oct
Tingkatan 2 : 6 nov..

so kepada semua anak2 pelajar dan guru2 bersedialah dr sekarang..

Lepas2 cuti raya nih...banyak dah program akan bermula

1. Kursus dalam Perkhidmatan - 3 oct
2. Jamuan KEBIRU - 10 oct
3. Show orang kawin - 17 oct
4. Show ikhlas - 18 oct
5. festival zapin - 2 nov

banyak kan.....!

Tuesday, September 8, 2009

Juadah Berbuka Puasa....

salam semua...selamat berpuasa juga untuk hari ini sehingga ke akhir bulan Ramadhan...Sebelum terlupa, korang sumer dah bayar zakat fitrah ker?ha...jgn lupa bayar...sekali jek setahun kan.Bagi yang menanggung ibu dan bapa,tak salah kalau bayar sekali untuk mereka..hehehe.Eh,berapa bayaran zakat fitrah tahun ni yer...?RM 7.50 rasanya...bayar yer jgn tak bayar...!
Bila bulan puasa nih, gerai2 orang berjual juadah berbuka puasa tumbuh seperti cendawan selepas hujan...macam2 juadah yang dijual..Dan masa ni la jugak aku akan hunting kuih2 dan juadah2 yang jarang2 aku jumpa masa2 hari biasa...aku suka nak cr nasi ambang, lepat pisang, cream puff n mcm2 lg la...kalau nak beli air pulak.....hiis...mcm2 warna kita leh jumpa kan...tahan nafsu je la.Tp bila beli, tak tahu ler rasa apa ek....!
Tapi kalau korang tgk kuih mcm nih.....

Donut pelbagai perisa....

Tauhu sumbat.....

Mee goreng.....

Roti jala


dan jgn tak sangka...antara makanan2 yang menyelerakan itu dimasak oleh housemate aku...Memandangkan diorang xder keje masa2 bulan puasa nih, maka dorang pun berniaga kat bazaar ramadhan nih....yang sedap donut tu...mcm kan dunkin donut dah kan...!ada orang berani cuba...?

Wednesday, September 2, 2009

Majlis Berbuka Puasa Wirama d Tari

Salam....selaamt berpuasa semua. Masih berpuasa ker kwn2 blogger aku ni? hehehehe...of course la kan.Bulan Ramadhan dtg hanya setahun sekali dan sebagai penghulu segala bulan..sudah pasti kita tidak mahu ketinggalan membuat kebaikan kerana pahalanya akan menjadi berlipat kali ganda...tak begitu dek non? Dah macam ustaz la plak..hehehehhe
Dan seperti tahun2 sebelumnya,Wirama d Tari pasti akan mengadakan majlis berbuka puasa.Pada tahun ni seperti biasa port yang dituju ialah Larkin Mall..Tahun ni keluarga wirama semakin bertambah.Dengan anak2 aku dari EC sampailah kepada ibubapa penari.Tahun ni family Eva dan family Baby datang sekali. Semakin meriah sampaikan kitorang booking meja untuk 30 orang...Gempar jugak kan. Majlis buka puasa ni pun kitorang celebrate sekali birthday Ashua...Dia kata dia xpernah celebrate birthday besar2an...So ni pun mcm ala2 surprise party tuk dia la....
As usual, segmen angkut-mengangkut bermula seawal jam 4 ptg...aku g amek Akhir n Gondeng kat CS...then Ajak amek budak2 lain ke Larkin Mall. Ashua n Nana dah mula standby2 makanan bawa ke Larkin Mall....

Aku dan Akhir....

Aku, Akhir dan Gondeng


Tak sabar nak buka pose la tu....

Lega...!

So, bila dah mula masuk waktu berbuka..apa lagi semua orang kan..Melantak la puas2....Mak Eva masak bihun goreng, Nana bawak makroni goreng...Ashua as the birthday girl bawak pulut kuning...mcm majlis bertunang pulak ek..hehehehe

So, bila ada birthday party, kena la ada kek kan....

Ni la kek birthday Ashua yang ke-15...

dan inilah birthday girl-nya....


ghulam pun ada....memeriahkan sambutan kan!


su dengan birthday girl...!



gmbr ramai2 dengan birthday girl....

Wednesday, August 26, 2009

PTK oh...PTK!

Selamat berpuasa hari yang ke 5 ek?...cepat jek masa berlalu kan tp adakah kita benar2 menghayati erti bulan mulia bulan Ramadhan ini...?hehehehe.Kata orang mata dan telinga aku lebih dekat dengan mulut berbanding mata dan telinga orang lain.So, nasihat ini patutnya aku yang kena fikir dulu sebelum orang2 lain yang selau baca blog aku nih fikir kan...hehehehe.
Aku bersyukur gak sebab bulan Ramadhan thn nih bermula serentak dengan cuti sekolah...So agak relax la ckit. Leh aku 'adapt' dengan keadaan berpuasa nih sebelum mula sekolah semula.
Esok, aku akan amek peperiksaan PTK...Apa tu PTK? PTK stands for Penilaian Tahap Kecekapan.Peperiksaan khas untuk menilai tahap penjawat awam di Malaysia...Ni 1st time nih nak amek...Kononnya, aku gigih ler beli buku PTK...set soalan tp 'haram' nak baca....akhirnya, aku tercongok kat City Square nak g tgk wayang...boleh gitu?
Anak2 aku ada 6 orang kat CS ni jugak.Diorang nak jalan2 jumpa kawan...so kebetulan itu aku gunakan nak tgk wayang...sorang2 pulak tu..Mcm aman la ckit kan....
Ajak latih budak2 teknik perdagangan untuk festival zapin. Didi kat umah. Kesian dia, semalam gigih masak tuk sahur, lepas masak kononnya dia nak baring2 jap.LAst2, sedar masa orang azan...Motifnya....takder sorang pun yang bangun nak sahur...So dia stay kat umah...settlekan umah!!!
Habil plak mcm meleweh ckit. Nak berniaga kat bazar ramadhan.Tapi esok br nak mula.Aku ckp hari nih....entahlah 'hadek2' zaman sekarang nih...Meleweh jek kan....!
Oklah, pada semua kawan2, selamat berpuasa hari nih....Buka pose katner hari nih? Aku mcm biasa, bila ada anak2, buka pose kat umah je la kan....
P/s : Jaga diri, hiasi peribadi ok....!

Saturday, August 22, 2009

Kenangan 1 Ramadhan...

Selamat berpuasa buat semua...Alhmdulillah kita sempat lg bertemu dengan bulan Ramadhan kali ini.Semoga pada kali ini kita dapat bergembira dan menjalankankan ibadah puasa dengan penuh keredhaan dari yang Maha Esa. Ramadhan kali ini juga bermula serentak dengan cuti pertengahan penggal...so bercuti panjang la semua yer....
Tp yang xbest nyer....1 Ramadhan ni bermula dengan kenangan yang kelakar....hahahaha....
Malam semalam Ghulam dan Rosman dtg rumah aku.Kitorang plan nak g sahur sama2.So dalam kul 3lebih tu kitorang pun gerak ke Stulang.Sahur kat Restoran Sayam....Then, dalam kul 4 lebih gitu kitorang gerak balik rumah. Kat umah ada Su jek....Bila aku try nak bukak pintu,kunci stuck...!Sentap...!
2 3 kali try nak bukak x boleh.... last2 ni la yang terjadi........








Kenangan pada 1 ramadhan....Selamat Berpuasa....!

Friday, August 21, 2009

Konsert Apresiasi Seni RIMUP Kebangsaan 2009

Gabungan persembahan dari Maktab Sultan Abu Bakar bersama Ayahanda tercinta!

Hari Rabu lalu berakhirlah sudah Konsert Apresiasi Seni RIMUP Kebangsaan 2009 yang berlangsung di Pesada Johor. Konsert yang menggabungkan nilai-nilai kebudayaan dari seluruh Malaysia dipaparkan dengan garapan yang halus tetapi menghiburkan. Dengan segala perit jerih dan pengorbanan dari pelbagai pihak yang selama ini telah terjalin melalui beberapa aktiviti kebudayaan, sudah pasti konsert kali ini dapat direalisasikan dengan penuh gemilang.
Dengan diterajui oleh Ayahanda Tn Hj Zulkifli bin Hj Mahmud ( yang juga merupakan Pengetua Cemerlang MSAB,JB) dengan gandingan tenaga produksi, guru-guru pengiring, para koreografer dan para pelajar yang hebat, konsert ini telah dapat menambat hati para peserta perhimpunan RIMUP Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa.


Anak2 Pentol aku
(kiut x...?)

Seperti biasa, aku ditugaskan untuk mengadakan beberapa persembahan seperti Tarian Puteri Gunung Ledang dan Zapin Tenglu. Sekadar coretan, walaupun Tarian Puteri Gunung Ledang telah beberapa kali dipersembahkan dengan gabungan gerakan Jawa dan Kuda Kepang tetapi untuk persembahan kali ini, gerakan kuda kepang digantikan dengan gerakan Pentol sahaja (krn mengikut surat pekeliling dari Majlis agama Islam Johor).Dengan kecekapan koreografer aku (Didi), gerakan dan persembahan Puteri Gunung Ledang telah menggamit perasaan penonton pada malam itu (kalau lighting lagi grand, mesti semua orang terpegun tp apakan daya.....!)


Aku bersama anak2 zapin aku...!


Berbeza pula dengan persembahan zapin. Walaupun tarian Zapin Tenglu ini sekadar menggantikan persembahan dari SMK Anjung Batu, tp mereka telah memberikan persembahan yang sangat bertenaga. Penari2 aku terdiri dari pelajar ting1 hingga ting5.Bila aku tgk persembahan diorang mcm nak nangis pun ada. Entahlah....perasaan ni mmg xleh nak buat2 kan...Aku sangat2 terharu dengan mereka....Thanx sayang...cikgu bangga dengan kalian (bersedia untuk Citrawarna pula yer....)

Disamping itu, ada juga persembahan koir dari SKTBB (bekas sekolah rendah aku dulu)....teringat pulak masa dulu ketika aku tinggal di Jalan Kubur, Kg Bakar Batu...aku sek di SKTBB dari thn 1984 hingga 1989..masa tu kemudahan tak la ada sangat..tp dengan kemudahan yang sedikit itu berjaya membentuk menjadi aku sekarang ini...dan sebagai kenangan...

aku abadikan gambar aku dengan diorang...kiut2 diorang nih (adakah aku sekiut mereka dulu...?)hehehehe...
Hish..itulah kenangan pahit manis aku semasa konsert tersebut berlangsung yang bukan sahaja memberikan memori indah tp mengorbankan banyak tenaga, masa dan wang ttp itu bukan persoalan utama kerana yang paling penting ikatan antara penari2 aku yang aku rasa tidak dapat digantikan dengan wang ringgit. Bila aku hantar mereka balik ke rumah masing2 ( diorang tidur di rumah aku selama konsert dan raptai berlansung..),aku rasa seperti kehilangan...suara diorang dah tidak berkumandang lg di rumah aku..adakah ini rinduuuu??????
Tp tidak mengapalah, bukannyer mereka jauh pun...datang sek nnt bolehlah jumpa lagi....


tak lupa juga...aku abadikan gambar bersama anak kesayangan aku...AMMAR..!

P/S : Selamat berpuasa untuk semua....!

Thursday, August 20, 2009

Trip to Singapore....!

Hai sumer...watper?hehehehe soalan yg sama jek ek...oklah, sebenarnya, aku g spore last sunday..tp br hari nih aku sempat nak updated blog...biasalah...baru habis Konsert Apresiasi Seni RIMUP Kebangsaan kat Pesada. Pasal konsert tu nnt aku citer kemudian. Kali ni aku nak citer pasal show aku kat Singapore....
Aku ngan Didi g Singapore sebab ada show kat sana...Kira macam job kawan atas kawan la. dia nak 2 orang jek wat gerakan Jawa..guna lagu Hatinya Tak Tahan.dia bayar sorang S$50 ngan duit transport.....So gigih la kitorang gerak..Dah setahun gak aku tak masuk Singapore...DAn yang paling penting, aku masuk guna CIQ yang baru..hehehe.Gigih la kan!
MUla2 masuk, aku agak impress...berteknologi tinggi gak la...Lebih baik dr yang dulu punya, then siap ada hiasan air lagi.



Sempat berposing jap....

Then, sampai kat Singapore br kul 12, padahal majlis tu dalam kul 4.30pm...so aku decide nak g umah nenek aku dulu. dalam kul 2 br kitorang gerak ke tempat yang ingin dituju iaitu Fort Canning..Diorang kata naik cab senang..tp biler tanya kat makcik aku..naik MRT jek.



Lagi jimat. Kitorang sampai kat area Fort Canning dalam kul 3 lebih la jugak... Nak cr tempat dia lagi. Last2,jumpa la tempat tu...


Tempat ni kira mcm A'Famosa Singapore la.Ada banyak tempat tinggalan sejarah kat cni ok...Tp masa aku sampai tu x sempat nak tgk2 around...Sampai jek kat ctu, trus tukar baju untuk show...


Tu dia tema pakaian kitorang...diorang nak tema jawa...ni la citernyer...Jawa x aku..heheheh!Sebenarnya, show ini adalah re-launching butik pengantin.So kitorang mcm opening sikit2 ler....heheheh...


Ni plak antara models yang terlibat....