Hidup ini umpama 'Pentas Dunia'. Kita ibarat pelakon...adakah masih wujud orang yang benar-benar jujur ataupun itu hanya khayalan...terserah kepada setiap individu...yang penting kita tetap beriman kepada Yang Esa..!!Amin...
Friday, August 21, 2009
Konsert Apresiasi Seni RIMUP Kebangsaan 2009
Hari Rabu lalu berakhirlah sudah Konsert Apresiasi Seni RIMUP Kebangsaan 2009 yang berlangsung di Pesada Johor. Konsert yang menggabungkan nilai-nilai kebudayaan dari seluruh Malaysia dipaparkan dengan garapan yang halus tetapi menghiburkan. Dengan segala perit jerih dan pengorbanan dari pelbagai pihak yang selama ini telah terjalin melalui beberapa aktiviti kebudayaan, sudah pasti konsert kali ini dapat direalisasikan dengan penuh gemilang.
Dengan diterajui oleh Ayahanda Tn Hj Zulkifli bin Hj Mahmud ( yang juga merupakan Pengetua Cemerlang MSAB,JB) dengan gandingan tenaga produksi, guru-guru pengiring, para koreografer dan para pelajar yang hebat, konsert ini telah dapat menambat hati para peserta perhimpunan RIMUP Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa.
Seperti biasa, aku ditugaskan untuk mengadakan beberapa persembahan seperti Tarian Puteri Gunung Ledang dan Zapin Tenglu. Sekadar coretan, walaupun Tarian Puteri Gunung Ledang telah beberapa kali dipersembahkan dengan gabungan gerakan Jawa dan Kuda Kepang tetapi untuk persembahan kali ini, gerakan kuda kepang digantikan dengan gerakan Pentol sahaja (krn mengikut surat pekeliling dari Majlis agama Islam Johor).Dengan kecekapan koreografer aku (Didi), gerakan dan persembahan Puteri Gunung Ledang telah menggamit perasaan penonton pada malam itu (kalau lighting lagi grand, mesti semua orang terpegun tp apakan daya.....!)
Berbeza pula dengan persembahan zapin. Walaupun tarian Zapin Tenglu ini sekadar menggantikan persembahan dari SMK Anjung Batu, tp mereka telah memberikan persembahan yang sangat bertenaga. Penari2 aku terdiri dari pelajar ting1 hingga ting5.Bila aku tgk persembahan diorang mcm nak nangis pun ada. Entahlah....perasaan ni mmg xleh nak buat2 kan...Aku sangat2 terharu dengan mereka....Thanx sayang...cikgu bangga dengan kalian (bersedia untuk Citrawarna pula yer....)
Disamping itu, ada juga persembahan koir dari SKTBB (bekas sekolah rendah aku dulu)....teringat pulak masa dulu ketika aku tinggal di Jalan Kubur, Kg Bakar Batu...aku sek di SKTBB dari thn 1984 hingga 1989..masa tu kemudahan tak la ada sangat..tp dengan kemudahan yang sedikit itu berjaya membentuk menjadi aku sekarang ini...dan sebagai kenangan...
aku abadikan gambar aku dengan diorang...kiut2 diorang nih (adakah aku sekiut mereka dulu...?)hehehehe...
Hish..itulah kenangan pahit manis aku semasa konsert tersebut berlangsung yang bukan sahaja memberikan memori indah tp mengorbankan banyak tenaga, masa dan wang ttp itu bukan persoalan utama kerana yang paling penting ikatan antara penari2 aku yang aku rasa tidak dapat digantikan dengan wang ringgit. Bila aku hantar mereka balik ke rumah masing2 ( diorang tidur di rumah aku selama konsert dan raptai berlansung..),aku rasa seperti kehilangan...suara diorang dah tidak berkumandang lg di rumah aku..adakah ini rinduuuu??????
Tp tidak mengapalah, bukannyer mereka jauh pun...datang sek nnt bolehlah jumpa lagi....
P/S : Selamat berpuasa untuk semua....!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hye...
I salah satu peserta RIMUP 2009 at JB..
Just wanna congratz 4 amazing performance from your students..
Kami semua memang terpegun melihat persembahan ur students memang tahap International!
Send our regards and congratz to all the ur students ok!
Hope to see their performance again!
bye!
Post a Comment