Monday, December 21, 2009

Tiada Perasaan....

Selamat hari Isnin semua. Sempga semua berada dalam keadaan yang sihat yer.Kepada semua rakan2 yang telah mendoakan agar ayah aku cepat sembuh,terima kasih banyak2...jaga kalian mmg tidak ternilai. dan semalam ayah aku dah keluar dari hospital.cuma keadaan dia ttp mcm tu juga lah..Bahagian badan sebelah kirinya agak lemah..Hari sabtu hari tu, ayah aku kena dialisis di Hospital Pakar Puteri.Dengan kos yang mencecah RM400 aku dulukan duit aku. Kalau tidak siapa lagi kan..nasib baik la juga baru masuk gaji dan sedikit insentif dari kerajaan. Bila aku rujuk pada Nefro Utama (tempat ayah dialisis sebelum ini), dia kata boleh claim semula pada SUK...Alhamdullilah...lega aku dengar.
Bila ayah sakit ni,rasanya rezeki bertambah bukan sahaja dari segi kewangan tp juga hubungan adik beradik.Kakak aku bergegas pulang ke JB pada hari Jumaat walaupun aku tau abang ipar aku x cukup duit nak balik...Adik aku yang kononnya xder duit nak balik (wpun rumah kat Tun Aminah jek) balik jugak...
Aku sebagai anak lelaki sulung kena fikir banyak benda.Kalau ayah aku ddk rumah jek xper la...tp dia kena gak g dialisis mcm biasa...dengan badan dia yg lemah sebelah badan nih...kena la aku balik tmn u biler dia nak g dialisis...kena angkat supaya senang nak naik van kan...
Doakan jela supaya aku sentiasa berupaya secara mental n fizikal untuk tempoh ini semua...Buat kalian yang sentiasa berdoa....terima kasih...!

No comments: