Wednesday, June 23, 2010

Semakin Teruk Banjir Ini.........


Salam semua....

Mmg malas nak update blog ni...tp bila fikir masalah ni x selesai,aku plak jd semakin tension...yelah...dah la kat sekolah ni x cukup parking..so guru petang terpaksalah parking di kawasan hadapan surau.Kalau dahulu, sebelum kerja2 pelebaran jalan dilakukan, xder la banjir walaupun ujan mencurah-curah ke bumi tetapi sekarang apa yang berlaku adaalh sebaliknya...Ingatkan bila jalan dah besar dan lebar, lebih mudah la...masalah lain plak timbul. BIla hujan jek,pasti kawasan parking hadapan surau tu akan dinaiki air...dulu kereta kak Normah kerani yang terperangkap...sampai col tow-truck...habis la enjin kereta bila dah masuk air kan...
dalam kejadian sebentar tadi, ( dalam kul 4ptg/23 jun 2010) dua buah kereta plak yang rosak...sebuah kereta zuriyati dan sebuah kereta marina...habis la kan...Tp masa ptg tu ujan mmg la lebay ..aku pun letak kt area hadapan suarau EC gak.Tapi dah cbuk mengajar,aku pun terlupa la.....tup..tup, ada pengumuman suruh alih kereta sebab kawasan tu dah naik air...
Dan inilah keadaan hadaapn surau tu....air melimpah sampai ke depan jalan raya dan masuk ke tempat padang latihan pelajar tu....!gempar kan
So,aku berlencun pergi selamatkan kereta....Alhamdulillah...selamat la



Thursday, May 27, 2010

Holiday rasanya...

Salam...lama tidak bersua...rndu kiranya...hehehehe.Aku sedang online kt sekolah nih.Sambil menghitung waktu untuk balik...malam ni aku akan ke singapura...Aku mendapat jemputan menjadi hakim untuk perkampungan bahas 4PM di NUS...National Universitiy of singapore...heheheheh.Ghulam join aku sekali la...so meriah la sikit kan...Kalau ada mood, aku bawak la Lokman sekali...kalau x,tak yah la kan....!hheheehehe....motif sangat kan...!

Aktually, mcm xder apa2 yang nak cerita dah....budak2 tengah periksa pertengahan tahun...so relax jela...masuk kelas nak jaga budak2 pekse...kalau aku jaga 2 masa, aku bawak la laptop sekali..leh relax2 ckit sambil online...kalau x, aku ddk2 jek....

Aku baru lepas download lagu Shahir dengan Adira... Shahir ni juara AF8 ...Adira plak Naib Johan...aku ni bukannya fanatic fans of AF8, tapi bile aku tgk final konsert dorang nih, lagu2 diorang mcm sedap n aku dapat link untuk download lagu2 diorang...ok la kan...hehehehe...free plak tu

Budak2 zapin aku akan terlibat dengan lawatan balas ke Tanjung Pinang, Indonesia dan Singapura....semuanya melawat sekolah kembar kat sana. So aku pun amek kesempatan untuk join sekali.Cuma lawatan ke Indon tu kena bayar RM 450 sorang,....mana la aku ada duit kan...tgklah t camner kan...heheheheh...aku bawak 10orang budak zapin aku tu..kasi expose ckit...bagi yang tak biasa wat show kt luar, inilah masanya kan...!

Oklah, aku nak call nenek aku kt sana... nnk confirmkan alamat umah diorang kat sna. Kalau dah lmbt sgt,aku naik cab jek dr CIQ diorang kan....huhuhu.OKlah, kalau ada masa aku update cerita aku kt NUs tu ok....!hehehehe.....

Wednesday, May 5, 2010

salam semua...

salam...apa khabar semua?harap semua rakan2 kembali segar untuk meneruskan kehidupan pada hari Rabu yang berbahagia ini...
Minggu ini mmg penat...aku kena uruskan latihan tarian untuk perasmian Kejohanan Olahraga MSSM peringkat kebangsaan. Walaupun sekolah aku kena hantar 20orang penari sahaja namun proses mengajar dan belajar ini mmg perit. Dalam kalangan 20orang penari itu, 70% adalah mereka yang pernah menari ttp ada juga yang terselit selebihnya yang pertama kali menggerakkan kaki dan tangan mengikut alunan muzik....Adoi camana nak uruskan diorang ini semua.Sedangkan Amirul pun boleh 'naik hantu' biler mengajar diorang semua...huhuhu!
Kalau ikutkan jadual,hari ini ada latihan berpusat di Pusa Ko-Ko Johor.Latihan ini akan menggabungkan semua penari dari semua sekolah yg terlibat. Tetapi ditunda ke hari esok...
Mula2 fikir mmg la seronok tp kepenantan yang ditanggung tu sgt menyeksakan...Yelah,latihan dari jam 9pg hingga jam 5 ptg...penat tau....!
Jadi, kepada mereka yang berminat untuk menyaksikan majlis perasmian tersebut, datanglah beramai2 ke Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunos, Larkin pada 18mei 2010 jam 8 malam...ok

Saturday, April 17, 2010

Hari Anugerah Cemerlang kali ke-35

Salam semua. Hari ini selesai satu lagi tugasan yang berat. Walaupun x berhujan dan berpanas di tengah padang tetapi tugas nih pun perit gak. Hari Anugerah Cemerlang MSAB dah pun tamat dengan jayanya tepat jam 1thari. As usual,aku bertindak sebagai Pengacara. Tahun ini aku berganding pula dengan Kak Fariza. Kerja-pengacara ni tgk mcm tak susah sebab hanya buat kerja pada hari kejadian jek tp peing kepala tau sebab kena selari dengan AJK Pendaftaran dan Hadiah.
Dalam 2 hari juga la aku amek masa nak siapkan teks pengacara. Bila dah siap susun, teks pengacara aku setebal 21ms...puas ati....???!!?!??!!?!?
Hahahaha....dengan tema hijau kuning...(aku pakai tie kuning jek),aku mula menjalankan tugas seawal jam 10.30pagi.Tetamu Kehormat adalah Naib Canselor, Univrsiti Malaysia Pahang.dia ni bekas pelajar maktab dulu tapi tak tau la tahun berapa.So, tradisi maktab nih dia suka jempt bekas pelajar-pelajar maktab. Tahun depan x tau la sape pulak kan...Jgn jemput aku dah la.Aku kan bekas pelajar EC gak.hahahahaha
Ok, perjalanan majlis berjalan dengan lancar.Ada gak persembahan dari pasukan jidor dan gamelan sebagai acara sambutan...


pasukan gamelan...



pasukan jidor

Diorang nih kira mcm sambutan VVIP konsep 1 malaysia.ada gak kompang ngan gendang cina tapi tak sempat amek gmbr.Aku kan dah kena standby jd pengacara.
Then bila VVIP sampai jek, terus persembahan ghazal, angklung and mini orkestra...

persembahan ghazal nih 1st time kuar show nih...tu yg muka mcm takot2 tu....

Oklah.....overall perjalanan majlis ok dan lancar.wpun aku ada tersasul sebut beberapa bahagian ttp sumer ttp ok....



diorang ni bekas pelajar EC....saja dtg menyibuk...hehheeh

so pada semua penerima Anugerah...tahniah ook...!

Monday, April 12, 2010

Salam Isnin....

Salam, apa khabar semua?Harapannya sihat la hendaknya...Aku pulak arini x sihat.Sakit kepala pulak bila nak bangun nih.Malam semalam aku kena selesema yang agak teruk.So, bila aku makan Adezio dan tido...tu yg aku susah nak bangun tido...! Akhirnya aku bangun kul 1 lebih...
Aku kemas2 umah, kemas dapur, panaskan lauk yang masih ada berbaki.Basuh baju Shariz ngan baju aku....Shariz ngan Ridzuan tido rumah minggu lepas nih...So aku kemas2 la baju2 yang Shariz bawak.
Lepas aku makan n rehat2 kepala aku semakin ok.Kamis mlm lepas,aku g kedai perabot.Cadangnya nak beli rak buku ngan meja tulis. Sudah gak nak wat keje atas lantai nih.Lagipun buku2 aku banyak kan.Semua dalam kotak lagi sejak aku pindah thn lepas. So agak susah untuk aku cari barang2 aku. So, bila ada rak buku nnt senang la sikit. Meja kerja yang aku beli pun mahal sikit, bentuk L. Bila aku dah beli rumah nnt senang la ckit kan.Dan ada barang ckit aku kumpul....!
Aku bawak Shariz, Aizuddin ngan Ridzuan ke Pasar Borong Pandan hari Jumaat lepas.Cadangnya nak cari DVD yang baru.As usual, aku g kedai DVD yang biasa aku g.Then nak carikan Shariz seluar Jeans....Harga mahal gak dalam rm65....Ok la kot...T aku nak try beli kt citu la...Tp nak cari yang mcm suar slack skit....Ala, suar raya katanya...hehehehehe
Hari Sabtu nih ada Hari Anugerah Cemerlang dan Mensyuarat Agung PIBG sekolah aku. Tugas yang aku selalu dapat ialah Pengacara Majlis. Kalau mcm thn2 lepas, aku digandingkan bersama Marina dan Kak Aisyah, tp thn nih aku di angkat jd penyelaras dan digandingkan bersama Kak Fariza...ok la tu.Tp, yang penting, skrip mmg belum siap apa2 lg...Camner tu.Takot gak nih sebab rehearsal hari Khamis nih...xpun hari Jumaat.
Esok akan bermula Ujian Formatif 2...so selaamt berjaya anak2 sekelian.walaupun sekadar ujian tp awk semua ttp kena berusaha untuk mencatat keputusan yang terbaik untuk diri anda ok.....!
Selamat berjaya dan selamat bertemu nnt.........!

Friday, April 9, 2010

Kembali sibuk.......

Salam semua, kepada rakan-rakan dan taulan yang masih sudi mengikuti blog aku..atau mungkin ramai yang sudah tawar hati untuk terus mengikuti kisah2 dalam lembaran hidup insan seperti aku.
Hidup aku kembali sibuk....job mengajar sudah kembali...festival akan muncul bermula dengan daerah Kulaijaya....jadi kepada rakan2 yang membaca blog aku nih...aku pasti yang mmg tugas nya mengajar menari...yang di gelar sebagai koreografer mmg sedang gigih mencari idea terkini untuk membentuk satu pasukan penari yang benar2 hebat...dan akhirnya layak mewakili daerah masing2....buat kawan2 koreografer yang mengenali aku dari seluruh negeri Johor,aku ucapkan gud lark....kalau ada jodoh...klau ada rezeki...berjumpalah kita yer di peringkat negeri...
x kira la samada kategori sekolah rendah ker, sek menengah ker, mukim ker ataupun terbuka...semua ada peluang untuk menang.yang penting jgn tersasar dr landasan yang dikehendaki kan....
hehehehehehhe....anyway buat yang terbaik ok kawan2....!

Monday, March 29, 2010

Aku kembali.....!

salam kepada semua....hampir sebulan aku x update blog aku nih...Bukan kerana apa.Semenjak pemergian ayah aku.Aku rasa malas yang teramat untuk update blog ini...Nak kata xder mood..aku rasa macam biasa jek sebab setiap hari aku online FB...tp biler nak update blog,aku rasa terpaku untuk menulis sedangkan banyak cerita menarik yang boleh dicoretkan.
Bermula dari cerita Temasya Olahraga Maktab sehinggalah ke Majlis Perkahwinan Rosman....macam2 yang boleh diceritakan tapi aku wat tak tau jek...Malas nak tulis...Tapi hari ini aku try la nak menulis...untuk menunjukkan bahawa blog aku masih lagi bernafas...masih lagi wujud dan korang masih dapat membaca cerita2 hidup aku...so tunggukan kemunculannya ok....Thanx kepada semua.......!