Wednesday, April 15, 2009

Opps....


Oppss...lama betul la kan aku x update blog.Bagi semua kawan2 dan pembaca setia blog aku nih.aku mintak maaf ler banyak2...masa sgt2 mencemburui aku ler...

Mula2 tu kena settlekan pertandingan tarian peringkat daerah kulai...pada masa yang sama aku terpilih wakil Johor untuk pertandingan bahas guru kat IAB, Zon Utara, Kedah...Penat sgt2...rumah dah jadi macam hotel...same goes with the rest of wirama d' tari members.

ari sabtu 11hb aku g ke kedah.membawa cabaran pasukan bahas bahasa melayu negeri johor...kitorang g naik bas yang JPNJ sewakan...ayo perjalanan dia melebihi 12jam...penat gilos...macam nak tercabut semua sendi2 aku dok daalam bas tu...tp yang bestnyer...bila dah sampai kat area utara tu,perjalanan kita akan dihiasi dengan pemandangan sawah padi.bagi kita yang jarang2 tgk sawah padi nih mmg ler teruja kan....sawah padi kat sebelah jalan raya jek...



pemandangan di sepanjang jalan ke utara...syahdu ler!


so kitorang sampai ke taman siswa kul 12 mlm...team pertama yang sampai....esok paginyer selepas breakfast,kitorang ke Padang Besar..kawasan berhampiran sempadan perlis dengan thailand...di anggap sebagai kawasan syurga shopping untuk pelancong2...mcm aku ler...aku ni pelancong ker...? bolehla, dengan berbekalkan duit poket rm300 aku pun bershoppas mcm nak gilos la kat sana....



kawasan dalam bangunan kat Padang Besar...


brg yang dijual mmg ler x ori tp best n yang paling penting murah..tu yang aku mcm orang gila tu.sempat la beli beg for myself, for my mum, for my dad,n for my brother....heheheh.ok ler tu kan!

on d way back, ada pusat pemeriksaan kastam la kot....agak unik tau...siap ada pondok kecil yang di bina khas....


then singgah jap kat restoran nih....sedap makanan dia...ala2 selera kampung gitu...!



then, the next day,dah mula perlawanan.perlawanan pertama Johor lawan Perlis...usul "Pemerkasaan Sekolah Kebangsaan Pemangkin Utama Integrasi Nasional"....malangnya team kitorang kalah...hehehehehe!Nak wat camner, xder rezeki!!!!

Tension punya pasal, ptg tu kitorang ke Pekan Rabu plak..nak sambung habiskan duit...Kat Pekan Rabu nih, aku beli ikan pekasam, buah mangga ngan minyak gamat....habis lg duit aku...Kat cni team Melaka dah sampai awal...n 4 ur info my friend Ghulam pun masuk bahas gak wakil negeri Melaka...n from ghulam la aku kenal Chan Cheng Ho..keturunan Baba Nyonya! sempat gak melalui dekat area Menara Alor Setar....


mcm bngunan Menara KL cuma rendah ckit ler.....lepas bershoppas bagai kat Pekan Rabu, aku ternampak beca...tak tau ler beca saper...so snap2 la ckit kan...!



hehehehe...gitu la citer aku ke Kedah....tujuan utama nak bahas pun duit habis bershoppas...xperla...sekali sekala kan...!hehehehe

So, lepas nih projek yang bakal menunggu.....

1. Festival Zapin Daerah JB
2. Konsert JPNJ- KPPM
3. Bahas ASAT 2009

Monday, March 30, 2009

Bengkel Zapin 2009


Lama nyer x updated blog kan...heheheh.Kalau kasi alasan bz mmg ler sumer orang bz...Tp biasalah, tugasan dan tanggungjwab untuk diri, keluarga, rakan2,anak2 dan kerjaya....heheheh.

3 hari nih aku g Bengkel Zapin anjuran MKD, Majlis Daerah JB dan YWJ...tempat kat Kompleks Belia dan Sukan...aku wakil Maktab Sultan Abu Bakar bersama 3 orang anak aku. Mula2 mmg xleh masuk.Alasan diorang x confirmkan senarai nama. Aku dah bengang dah. Then, anak2 aku xleh daftar. Alasan..hanya untuk 15thn ke atas. Anak2 aku form 1...sentap nih...tapi bila aku citer diorang lebih power....last2 sumer dapat dftr...Kak Lulu n Kak DD pun ada wakil Wirama d' Tari...Kelubi pun ada...tetap kan..wakil Seni Akar Waris ler kononnya....

Hari pertama...aku kena lantik jd penghulu...wow!jawatan yang besar tp pada aku ok jek....Petang tu ada taklimat busana johor...malam dah mula bengkel 1...zapin Mahpom...berasal dr Batu Pahat....Yang bestnyer, kitorang sumer x tido kat asrama...so seramai 7 orang berangkut setiap hari dari umah aku ke kompleks sukan....


Aku bersama 3 orang anak2 aku yang nakal.....

Esoknya, belajar zapin lenga bt 28 plak...ptgnya dah mula pecah kumpulan untuk persembahan masa penutup....Sebenarnya....bengkel nih adalah sebagai persediaan untuk festival zapin jb pada 19hb april...banyak betul benda yang nak join nih...mula2 zapin, then ingatkan nak masuk pertandingan tarian sekolah..then ada konsert JPNJ plak...hanyooo matiler aku kan....

wakil dari Wirama d' Tari, Sri Kakak dan Seri Budiman....


sesi fotografi bersama jurulatih YWJ


jd camner weekend korang plak...? naik minggu nih plak dah mula formatif 2..ak kena wat soalan bm f1....gud lark pada sumer anak2 aku.semoga berjaya ok...

Thursday, March 26, 2009

Kem PPDa Negeri Johor 2009

Tahun nih bertambah lagi satu jawatan dan tanggungjwab aku...Jurulatih Utama PPDa Negeri Johor...Apa tu PPDa...? Pendidikan Pencegahan Dadah...program nih adalah usahasama KPM ngan Petronas. Program ini akan berlangsung selama 5 tahun dengan budget rm 5 juta....wow banyak tu...!
Fasa pertama..melatih para JU Negeri...kitorang la tu..diorang wat kat Hotel Traders, Muar..then minggu nih untuk fasilitator pelajar kat Tg Piai Resort,Tg Piai, Pontian Johor...3 hari 2 malam. Aku bawak 3 orang pelajar aku...bermula hari Isnin hingga Rabu...penat mmg penat tp best la.Tempat dia punya kemudahan biasa2 jek...duduk kat chalet atas laut...Leh tengok Singapore dan ada kapal2 belayar...kapal2 kargo...agak impress gak la ok...!
Tugas aku ialah buat dokumentasi n multimedia serta diberi satu slot Kemahiran Interpersonal....



Aku ngah handle segmen kemahiran interpersonal....!

Apalah yang aku buat nih kan...!

Selain aktiviti kat resort tu, ada gak aktiviti explorace....dr resort ke Hutan Simpan Tg. Piai...kira2 4 km gak berjalan....


aktiviti kat salah satu check-point...!



check-point last kat Penghujung Benua Asia......sempat lagi aku amek gmbr kan....

Ni la pelajar2 aku....asyraf,fauzan,izwan@tawau...dan aku@cikgu yg vogue...!

Akhirnyer semua peserta kem ini seramai 98 orang termasuk 30 orang pelajar sek. ren. berjaya menamatkan kem ini pada jam 12.30pm td...tahniah...!Itulah, sebabnya aku x g sek selama 3 hari....hehehehehhe.
Then, ujung minggu nih, ada bengkel zapin pulak la.....3 hari 2 malam gak kat Kompleks Belia dan Sukan JB....aku akan hantar 3 orang pelajar aku.....untuk belajar zapin yang baru kononnya.. Persediaan untuk festival zapin....matiler x g sekolah lg ok....



Sunday, March 22, 2009

Malam Minggu.....

Menghitung hari nak sambung gi sekolah...arini Sabtu,esok dah Ahad...Isnin dah sambung sekolah balik.Malasnyer...Gitulah kalau nak mula sekolah balik...mesti malas kan....!

Arini aku g SMK Senai...sek Untie Lili...nak tgk Kak G Muo latih tarian...sampai kat sana pun dlm kul 3 gitu...sebelum tu g bayar bil Maxis dulu....

Sampai kat sana kwn2 aku dah siap tunggu.....

Si Ghulam.....(tengah online...nak tgk camera pun xnak....!)


Untie Lili n Rosman


Dan nilah jurulatihnya....Kak G Muo



Tu jela aktiviti malam minggu aku ...kena save tenaga n duit....nak bukak sekolah kan....
Oklah sumer...nak layan YM nih....
Selamat berhujung minggu....!

Saturday, March 21, 2009

Wayang....

Semalam aku g tgk wayang.Pengarahnya sam...so dia dah booking tiket untuk 8 orang... Kira punya kira ada 7 orang jek yang pergi...Aku, Rosman, Ghulam, Kak Gi Muar, Sam, Firdaus n anak aku Sufi.....

Ak kena g amek tiket,...so aku ngan anak aku gi la ke Jusco dalam kul 10 gitu nak amek tiket. Show kul 11.45.....biler sumer dah kumpul, biasalah kan...mesti kena gaduh2 dulu then jerit2 ckit baru la masuk panggung....cerita yang kitorang tgk ialah ...(kena klik kat bawah nih.....!)


http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/f/f5/Race_to_witch_mountain_film.jpg


its a good movie, aku suka tgk..mcm berangan2 gak la aku ckit....konon2 aku ni ada power gak mcm diorang....

Lepas movie, kitorang lepak jap kat Pasar Borong....then jumpa anak aku Si Hijaz, Are Lip, Are Yap...then kitorang singgah kat kedai CD....terserempak plak ngan Khairul Azlan......dah mcm reunion dah...

Aku sampai umah dlm kul 3 pg la gak.. Sufi balik umah aku. Mula2 dia plan nak balik semalam gak...tp dah malam sgt dah n dia pun ngantuk...so dia baru la balk td. Jap lg, mybe aku nak balk umah mak aku...tp kena g bayar bil Maxis dulu.....dah blok dah...x sempat nak gaji kan...hahahaha!

Petang sikit nak ke sek Untie Lili...nak tgk latihan tarian dorang.....Mlm mngkin nak g Segget...nak tgk show Sam....

Oklah...jumpa lg nnt...selamat berhujung minggu

p/s : ala...cuti sekolah nak abis dah.....Sentap!

Friday, March 20, 2009

Apa sudah jadik...?






Semalam sajer2 nak g sekolah...Nak print invois untuk Along..disamping g amek surat yg penting2 kat sekolah....Tetiba bila terpandang ke arah astaka....jeng..jeng..jeng!!!!Sume mcm kena taufan...kena langgar garuda ker...?

rupa2nya baru ingat....pembinaan dewan baru dah nak mula...astaka ngan UPK nak kena roboh....tu yang tergezut tu...so sebelum dia musnah habis...baik aku amek gmbr..at least aku ada la gmbr xklusif kalau nak tunjuk kat budak2 sekolah nnt kan...so kepada bekas pelajar MSAB@EC...nostalgia x gmbr nih...?

Thursday, March 19, 2009

My Story....

Subject: Al kisah....hehe


Disuatu kawasan pedalaman di Kedah, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Minah.


Minah membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya.
Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar
untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.



Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon
pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk.
Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Minah terpaksa memilih salah seorang dari mereka.


Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Minah memilih si pondan bernama Leman untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang pemabuk.


Minggu demi minggu berlalu. Leman telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. Leman kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si Minah ni tadi.


Kerana ingin menghargai kerajinan si Leman ni, Minah pun berkata kepada Leman, "Leman, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..."
Gembiralah Leman, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan. Sampailah ke tengah malam, Leman tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Leman pulang kerumah..

Sampai ke rumah, di dapati Minah sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.


"Buka butang bajuku dan tanggalkannya. " Kata Minah.


Leman dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut, melakukan apa yang diarahkan.


"Sekarang, buka kasut but ku."

Leman buat, perlahan sekali.


"Buka, setokin ku.."

Dia buat juga.

"Sekarang, buka skirt ku."
Dia buat juga.


"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh..


"Sekarang... .buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.


Kemudian, Minah pun memandang Leman, sambil berkata...










"Sekali lagi kau pergi pekan
dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."

Ekekekek... apa yg engkorang pikir haaa ? Lu pikirla sendiri he he....
hahahha, sape yg otak blue/kuning??????