Wednesday, March 18, 2009

rehat...selamat hari rabu...!

selamat berehat..aku tinggal sorang kat rumah aku.Su, Ajak, DD n Habil dah bergerak ke Taman Seni. Diorang ada show kat KL. Hotel Grand Season dekat 2minggu. Aku x g. Nnt lepas cuti aku kena g bawak budak ke Pontian... Sempena Kem Fasilitator PPDa...huhuhu..best nih..3 hari lagik.

So, sekarang aku nak kemas rumah la ckit. Xnak la tinggalkan umah bersepah kan. Aku plan nak balik umah mak mi jap lg. Tgk r t camner kan....

So pada sumer, tunggu je la update aku nnt. Masa2 cuti nih, mmg xder pape citer sangat kan...

Monday, March 16, 2009

Kentut Kau...!

Aku ada baca maklumat ni kat blog kawan aku...sesuatu yang sangat menarik....antara maklumat sains jugak nih kan....so sit back n enjoy....!

1. Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus.
Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

2. Apa komposisi kentut?

Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diaserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk?

Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya.

4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?

Kerana adanya vibrasi lubang `anus` saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas.

5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi?

Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)

6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?

Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?

Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar `anus` lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?

Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara ‘transmitter’ dengan ‘receiver’. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.

9. Apakah setiap orang kentut?

Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.

10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?

Tidak ada kaitannya dengan gender… Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, & apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.

11. Saat apa biasanya orang kentut?

Pagi hari di toilet. yang disebut “morning thunder”. Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.

12. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?

Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).

13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?

Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum `soft drink`, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).

14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang?

Tidak… sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.

15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?

Bukan..tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor..Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.

16. Mungkinkah kentut terbakar?

Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.

17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?

Jangan mengada-ada… konsistensinya lain. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.

18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?

Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi relatif tidak berbau.

19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?

Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

20. Apakah warna kentut?

Tidak berwarna. Kalau warnanya `orange` seperti gas nitrogen oksida, aka tahulah siapa yang kentut..hehehe

21. Apakah kentut itu asid atau neutral?

Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?

Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya. Wallahu`alam

Show...Show...Show...!

Show kat Perling...!

Show Perling gak...!

Aku pose...show KRT!


Wow....tajuk macam grand kan...Ala2 artis gituh..tapi tu la yang berlaku last weekend..Satu hari yang penuh ngan show untuk wirama d' tari..Tengahari ada 2 show orang kawin. Satu kat Perling lagi satu kat Larkin...Pulak tu hari ujan.Dua2 show nih kitorang nak antaa budak2 jek..!So,aku eva n nana incharge untuk show kat Perling.Ajak,DD,Ashua n Habil kat Larkin...

Lepas menari,ujan turun ngan lebatnyer..nasib baik ler aku kat Perling jek.Tp ttp basah kuyup ok...hahahaha.Malamnya pula ada show KRT kat Dewan Mohd Rahmat kat Tampoi anjuran Jabatan Perpaduan. Thanx to chicken mother kasi kitoang show nih.... Sangkak gak. Mula2 nak 3 tarian tapi selang seli ngan orang menyanyi..last2 orang menyanyi x leh on monitor...choy sangat PA sistem dia....Last2 kitorang menari str8 3 tarian...tapi kena gap2 sikit ler...!Girls nak tukar baju kan...!Oklah tu...duit2 sambung nyawa kan...!

Hari Ahad,macam yang dijadualkan..wirama dapat job mekap pengantin.Yang g Ajak, DD n Habil.Aku mulanya kena g desaru nak jadi hakim tarian.Tapi last2 cancel.But, diorang suruh aku anta costume yang dorang nak sewa..Gigih aku drive ke SSBP..kat Bandar Penawar tu.Nasib, aku bawak Lutfe (anak aku) ke sana. Leh la buat teman kan..!

Hari nih, aku dok umah jek. Cuti sekolah dah mula.Leh la rehat2 sikit kan...!hahahahah.Td baru kemas2 rumah.Budak2 blok ada gak lepak kat umah td. Tp sumer dah turun dah ke bawah.Tinggallah aku kat umah. Lepas kemas2 sikit, nak mandi kot...tp ujan nih.

Selamat bekerja buat yang bekerja...dan selamat bercuti buat yang bercuti...!

Saturday, March 14, 2009

Bahas Guru 2009

Pasukan Bahas Guru Daerah Johor Bahru 2009 (bersama En Hashim-jurulatih)

Gigih tu berbincang kan....

As usual seperti tahun2 sebelumnya, aku mmg ler kena wakil daeerah JB untuk Bahas Guru...Tahun nih, kitorang akan berkampung kat Kluang...dia buat mcm karnival tahun nih...

Khamis malam aku bertolak ke Kluang dengan gigihnya. Naik kereta dengan 3 orang teammate aku....nasib baik sumer lelaki!Senang sikit pengurusannya....Sampai kat Kluang kul 12 tgh malam n trus check-in kat Nagaria Inn..!Budget hotel yang simple n nice....

Jumaat pagi, memulakan rentak nak berbahas...dijadual akan bertemu dengan daerah Mersing...aku dah pernah lawan daerah Mersing masa tahun 2006,tahun pertama aku masuk bahas guru...performance mereka mcm biasa jek.Leh ditingkatkan lagi. Tahun nih ada wajah2 baru dah...kemunculan Siti Maisarah (pembahas dari UTM). Kitorang jadi kerajaan n Mersing selaku pembangkang. Dengan usul 'Guru Asas Perpaduan Bangsa'...Alhamdulillah, rezeki di tangan kerajaan n usul diterima.Aku dapat pendebat terbaik.

Petangnya, aku dijadualkan bertemu dengan Kota Tinggi....JB menjadi kerajaan n Kota Tinggi sebagai pembangkang. Usul 'Guru Berintergriti Menjamin Pendidikan Berkualiti'....nasib tak menyebelahi kitorang. Usul ditolak....tapi aku tetap jadi pendebat terbaik....

Bila tanya En. Hashim ( jurulatih JB)...dia pun tak tau katner silap...mungkin xder rezeki.Aku pun mulanya confident menang tp nak wat camner kan...hehehehe. So, biler dah kalah nak watper tunggu lagi kan...!Kitorang balik hotel, kemas2 n trus bergerak ke balik JB....Esok...Pasir Gudang (yang diwakili oleh Rosman) akan bertemu dengan Kulaijaya (yang diwakili oleh Anita Primus n Is)..perlawanan adik beradik..bertarik rambut ler korang yer....!

Gitulah, cerita rombongan Che Kiah ke Kluang....Ari Ahad nnt aku nak ke Desaru pula sehingga Selasa...jd Hakim Pertandingan Tarian KAKUM....Esok plak ada 3 show...2 show orang kawin dan 1 show Jabatan Perpaduan.....

So, selamat berhujung minggu n jage kesihatan...

p/s : kesian hazry demam....jgn lupa makan ubat k...

Thursday, March 12, 2009

Gempar....

2 3 hari nih...aku mmg terkejar2 ke sana sini...sampaikan biler balk umah jek trus tido...penat banget...tp yang paling aku gempar ialah pasal Pertandingan Bahas Guru 2009....kononnya nak wat secara karnival. Tp PPD Kluang sebagai tuan rumah mcm berterabur jek....

Sepatutnya aku g esok pagi,itu mengikut mklumat yang kitorang dapat.Tapi bila jurulatih bertanya kepada pengawai bahasa....esok pagi dah ada pusingan1...so harus terkejut kan....

Apalagi kiotrang nak buat,terus balik rumah n trus packing...Insya-Allah dalam kul 10 kitorang akan bergerak ke sana...

Kpd student aku yang baca blog nih....wish me luck.To all my friends, doakan kejayaan aku k...

Wednesday, March 11, 2009

Busy ker...?

Busy ker...? Busy ler jugak...tp nak wat camner...tugas kan. Sampaikan ada pelawat2 og aku suruh aku updated post yang baru...oklah,atas permintaan peminat terpaksalah aku updated post ok...thanx to ctong!

well,as usual, aku post kan gmbar mekap yang terbaru...kal nih, wirama d'bridal dapat job kat Felda Taib andak...tp bukan kat rumah Mawi...apa korang ingat kat Taib Andak tu ada rumah Mawi je ker...?hahahaha...Tapi kali nih, aku x mekap, Kak Didi yang mekap. Sekali masa Jumaat malam n lagi sekali masa bersanding ari Sabtu...so aku datang tolong2 lite2 jek...!

Ha...ni gmbar selepas pengantin di mekap...gmbr sebelum lupa plak aku nak snap2....!
So apa komen?



Ni plak gmbar atas peamin...nasib bukan 'Pelamin Anganku Musnah....!'

So guys,i need ur comments....!Thanx k...n kepada sesaper yang nak tempah Bridal aku...jgn segan2 contact aku tau...!

Then, hari Ahad adalah hari cuti,...same with hari Isnin...cuti Maulidur Rasul....Apa yang we ols buat...just lepak jek...Hari Isnin...kawan aku nak colour rambut n trus wat treament muka...(tapi setakat letak hirisan timun di mata....treatment kah...?)



Tanpa diduga,hari Isnin tu ialah hari hujan yang agak lebat n ribut....


ni pandangan dari balkoni rumah aku...agak seram gak!!!tp yang aku tak tau,rupa2nya kat bandar JB banjir kilat. Aku tau pun bila baca paper hari nih...Terutamanya kat area wisma n pejabat pos...hish...tempat tu mmg dah selalu kena banjir tau.So kerajaan Johor kena fikir something nak settlekan this problems...huhu...!

Minggu nih mmg semakin sibuk lagi.Selain aku ada latihan bahas, esok ada meeting sempena Sambutan Keputeraan Sultan Johor...ujung minggu nak ke Kluang..!ada pertandingan bahas guru,then dah mula cuti sekolah.Sabtu plak ada show perpaduan kat Dewan Mohd Rahmat....!Sibuk n semakin sibuk...Ahad pula, ada mekap lagi kat Sedenak...!

Gitulah kiranya aktiviti aku kan...!selamat bekerja dan selamatmencari rezeki...!

Wednesday, March 4, 2009

Sorry....

Sorry la yer..dah lama x update my blog..bukan apa agak bz ngan keje sek ngan bridal i...hahaha so saper2 nak tempah bridal ok ler contact i kan....

Last weekend, aku g mekap pengantin kat Kg. Air Manis,Air Bemban, Kulai,Johor...jauh gak dr rumah aku...Sabtu malam nikah n Ahad tengahari bersanding....So as usual u guys gimme ur comments ok...untuk meningkatkan tahap mekap aku..manalah tau,satu hari nanti akan tercapai cita-cita aku nak bukak kedai bridal ker....Insya-Allah...!


Ni gambar pengantin sebelum mekap...(Thanx to kak Yoly...!)

Ni selepas mekap (gambar nikah)


mekap untuk bersanding

ni dah siap dah..kat atas pelamin nih...


And surprisingly, Herman@Kak Mollas dtg ke teatak buruk aku.Mula2 Sam jek yang kata nak datang...but Kak Mollas pun muncul sekali.Baru balik dr Travel Fair kat Sutera Mall....huhuhu...Dia la antara orang terawal yang datang kat rumah aku...even Usop pun tak sampai lagi ok...n jgn tak tau...Ctong yang tinggal selang satu jalan dari rumah aku pun tak pernah sampai..terkejut kan...leham suk rancangan Ripley's Believe It or Not....

So sekarang, aku bersama rakan-rakan Wirama d' Tari ada job ajar menari kat SMK Bandar Putra Kulai, SK BBU n EC..!Bridal masih macam biasa.. this weekend kat Felda Taib Andak then next weekend kat Sedenak...Alhamdulillah, rezeki Tuhan nak beri...

Okler,nak siap2 g sekolah nih....!