Saturday, March 14, 2009

Bahas Guru 2009

Pasukan Bahas Guru Daerah Johor Bahru 2009 (bersama En Hashim-jurulatih)

Gigih tu berbincang kan....

As usual seperti tahun2 sebelumnya, aku mmg ler kena wakil daeerah JB untuk Bahas Guru...Tahun nih, kitorang akan berkampung kat Kluang...dia buat mcm karnival tahun nih...

Khamis malam aku bertolak ke Kluang dengan gigihnya. Naik kereta dengan 3 orang teammate aku....nasib baik sumer lelaki!Senang sikit pengurusannya....Sampai kat Kluang kul 12 tgh malam n trus check-in kat Nagaria Inn..!Budget hotel yang simple n nice....

Jumaat pagi, memulakan rentak nak berbahas...dijadual akan bertemu dengan daerah Mersing...aku dah pernah lawan daerah Mersing masa tahun 2006,tahun pertama aku masuk bahas guru...performance mereka mcm biasa jek.Leh ditingkatkan lagi. Tahun nih ada wajah2 baru dah...kemunculan Siti Maisarah (pembahas dari UTM). Kitorang jadi kerajaan n Mersing selaku pembangkang. Dengan usul 'Guru Asas Perpaduan Bangsa'...Alhamdulillah, rezeki di tangan kerajaan n usul diterima.Aku dapat pendebat terbaik.

Petangnya, aku dijadualkan bertemu dengan Kota Tinggi....JB menjadi kerajaan n Kota Tinggi sebagai pembangkang. Usul 'Guru Berintergriti Menjamin Pendidikan Berkualiti'....nasib tak menyebelahi kitorang. Usul ditolak....tapi aku tetap jadi pendebat terbaik....

Bila tanya En. Hashim ( jurulatih JB)...dia pun tak tau katner silap...mungkin xder rezeki.Aku pun mulanya confident menang tp nak wat camner kan...hehehehe. So, biler dah kalah nak watper tunggu lagi kan...!Kitorang balik hotel, kemas2 n trus bergerak ke balik JB....Esok...Pasir Gudang (yang diwakili oleh Rosman) akan bertemu dengan Kulaijaya (yang diwakili oleh Anita Primus n Is)..perlawanan adik beradik..bertarik rambut ler korang yer....!

Gitulah, cerita rombongan Che Kiah ke Kluang....Ari Ahad nnt aku nak ke Desaru pula sehingga Selasa...jd Hakim Pertandingan Tarian KAKUM....Esok plak ada 3 show...2 show orang kawin dan 1 show Jabatan Perpaduan.....

So, selamat berhujung minggu n jage kesihatan...

p/s : kesian hazry demam....jgn lupa makan ubat k...

No comments: