Wednesday, May 20, 2009

Selamat Hari Guru....


Selamat Hari Guru...thanx kepada kawan-kawan yang hantar msg n wish Selamat Hari Guru..walaupun ucapan dan msg tu nmpak simple tp bila aku baca ttp tersentuh kat dalam hati.Sebenarnya, sambutan Hari Guru adalah pada 16 Mei Setiap tahun...dan tahun ni sambutannya jatuh pada hari Sabtu.Oleh kerana hari Sabtu budak2 sekolah xkan dtg, so sambutannya ditunda ke hari Isnin...
Pagi2 tu, aku gigih ler datang sek...Kena bangun pagi pulak tu, aku drive dr UTM pagi2 tu.Kalau nak tau kenapa aku drive dr UTM,so tunggu post aku sterusnya ok....Sampai kat sekolah jek, dah rasa dah kemeriahannya tau...Pulak tu aku kena jadi pengacara untuk 3 acara penting maknanya aku akan bertugas sepanjang hari. Yang diorang tak tau,sebenarnya aku kurang sihat sikit tp memandangkan hari itu hari yang sangat bermakna bagi aku...aku kuatkan semangat..teruskan berusaha untuk berjaya...hahahahahah


Oklah, acara pertama ialah majlis perasmian. Budak2 semua berkumpul kat Dewan Seri Budiman untuk majlis nih....macam biasalah tentatifnya....Ucapan...then ucapan..then ucapan...seperti setiap tahun ada nyanyian lagu Guru Malaysia....mesti korang tau nyanyi lagu tu kan...jom nyanyi ramai2....

then yang grand sikit potong kek Hari Guru...ada 3 kek...dan dengan bangganya Pengetua memotong kek menggunakan pedang samurai..(thanx to kak Safrida...guna pedang dia la nak potong kek tu tau...)


Lepas majlis perasmian, cikgu2 semua tukar pakaian....ada acara sukaneka pulak...!



Aku ttp jadi Dj lagik....mcm2 perangai cikgu2 nih bila dah masuk acara sukaneka kan...Perangai dah ngalahkan budak2.....ada acara lagi berpasangan, isi air dalam botol, makan epal, musical chair....semua ada...acara final...tari tali guru ngan pelajar...tp yang kelakarnya para pelajar mestilah pelajar tingkatan 1 ataupun yang berat tidak lebih dari 40kg....haiyoooo....hina sangat syarat2 dia kan...ni semua kerja Cikgu Fahmi la kasi syarat...!


Lepas, sukaneka....acara penutup..So semua pelajar kembali ke Dewan Seri Budiman...Majlis penutup nih lebih grand n santai...Aku lagi ler jadi pengacara ( matiler...guru gila kuasa rupanya...!)majlis penutup nih ada beberapa anugerah yang telah diundi dan dipilih oleh para pelajar.Ada Anugerah Guru Popular setiap tingkatan dari tingkatan 1 sampai tingkatan 6.Then ada anugerah utama....Guru Paling Stylo, Guru Paling Comel, Guru Paling Penyayang, Guru Bersuara Nyaring.....n anugerah Utama ...Guru Paling Kluster....
Aku mmg tak balik ngan tangan kosong...aku menang Anugerah Guru Popular Ting 1...hehehe!Selain anugerah, ada gak persembahan pelajar...ada sketsa dari pelajar form6...ada tarian India, ada deklamasi sajak, ada nyanyian lagu Jepun....(perlu ker..?!)...even pelajar2 pun tak berganjak dar dewan..sampai la pukul 2.30 pm....hebat tu...!!!!
Akhirnya...terima kasih untuk semua pelajar EC....anda semmua yang terbaik....buat guru2 EC....anda semua mmg hebat..mari kita bersama2 menjulang MSAB gemilang 2010!!!

No comments: