Wednesday, August 26, 2009

PTK oh...PTK!

Selamat berpuasa hari yang ke 5 ek?...cepat jek masa berlalu kan tp adakah kita benar2 menghayati erti bulan mulia bulan Ramadhan ini...?hehehehe.Kata orang mata dan telinga aku lebih dekat dengan mulut berbanding mata dan telinga orang lain.So, nasihat ini patutnya aku yang kena fikir dulu sebelum orang2 lain yang selau baca blog aku nih fikir kan...hehehehe.
Aku bersyukur gak sebab bulan Ramadhan thn nih bermula serentak dengan cuti sekolah...So agak relax la ckit. Leh aku 'adapt' dengan keadaan berpuasa nih sebelum mula sekolah semula.
Esok, aku akan amek peperiksaan PTK...Apa tu PTK? PTK stands for Penilaian Tahap Kecekapan.Peperiksaan khas untuk menilai tahap penjawat awam di Malaysia...Ni 1st time nih nak amek...Kononnya, aku gigih ler beli buku PTK...set soalan tp 'haram' nak baca....akhirnya, aku tercongok kat City Square nak g tgk wayang...boleh gitu?
Anak2 aku ada 6 orang kat CS ni jugak.Diorang nak jalan2 jumpa kawan...so kebetulan itu aku gunakan nak tgk wayang...sorang2 pulak tu..Mcm aman la ckit kan....
Ajak latih budak2 teknik perdagangan untuk festival zapin. Didi kat umah. Kesian dia, semalam gigih masak tuk sahur, lepas masak kononnya dia nak baring2 jap.LAst2, sedar masa orang azan...Motifnya....takder sorang pun yang bangun nak sahur...So dia stay kat umah...settlekan umah!!!
Habil plak mcm meleweh ckit. Nak berniaga kat bazar ramadhan.Tapi esok br nak mula.Aku ckp hari nih....entahlah 'hadek2' zaman sekarang nih...Meleweh jek kan....!
Oklah, pada semua kawan2, selamat berpuasa hari nih....Buka pose katner hari nih? Aku mcm biasa, bila ada anak2, buka pose kat umah je la kan....
P/s : Jaga diri, hiasi peribadi ok....!

Saturday, August 22, 2009

Kenangan 1 Ramadhan...

Selamat berpuasa buat semua...Alhmdulillah kita sempat lg bertemu dengan bulan Ramadhan kali ini.Semoga pada kali ini kita dapat bergembira dan menjalankankan ibadah puasa dengan penuh keredhaan dari yang Maha Esa. Ramadhan kali ini juga bermula serentak dengan cuti pertengahan penggal...so bercuti panjang la semua yer....
Tp yang xbest nyer....1 Ramadhan ni bermula dengan kenangan yang kelakar....hahahaha....
Malam semalam Ghulam dan Rosman dtg rumah aku.Kitorang plan nak g sahur sama2.So dalam kul 3lebih tu kitorang pun gerak ke Stulang.Sahur kat Restoran Sayam....Then, dalam kul 4 lebih gitu kitorang gerak balik rumah. Kat umah ada Su jek....Bila aku try nak bukak pintu,kunci stuck...!Sentap...!
2 3 kali try nak bukak x boleh.... last2 ni la yang terjadi........








Kenangan pada 1 ramadhan....Selamat Berpuasa....!

Friday, August 21, 2009

Konsert Apresiasi Seni RIMUP Kebangsaan 2009

Gabungan persembahan dari Maktab Sultan Abu Bakar bersama Ayahanda tercinta!

Hari Rabu lalu berakhirlah sudah Konsert Apresiasi Seni RIMUP Kebangsaan 2009 yang berlangsung di Pesada Johor. Konsert yang menggabungkan nilai-nilai kebudayaan dari seluruh Malaysia dipaparkan dengan garapan yang halus tetapi menghiburkan. Dengan segala perit jerih dan pengorbanan dari pelbagai pihak yang selama ini telah terjalin melalui beberapa aktiviti kebudayaan, sudah pasti konsert kali ini dapat direalisasikan dengan penuh gemilang.
Dengan diterajui oleh Ayahanda Tn Hj Zulkifli bin Hj Mahmud ( yang juga merupakan Pengetua Cemerlang MSAB,JB) dengan gandingan tenaga produksi, guru-guru pengiring, para koreografer dan para pelajar yang hebat, konsert ini telah dapat menambat hati para peserta perhimpunan RIMUP Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa.


Anak2 Pentol aku
(kiut x...?)

Seperti biasa, aku ditugaskan untuk mengadakan beberapa persembahan seperti Tarian Puteri Gunung Ledang dan Zapin Tenglu. Sekadar coretan, walaupun Tarian Puteri Gunung Ledang telah beberapa kali dipersembahkan dengan gabungan gerakan Jawa dan Kuda Kepang tetapi untuk persembahan kali ini, gerakan kuda kepang digantikan dengan gerakan Pentol sahaja (krn mengikut surat pekeliling dari Majlis agama Islam Johor).Dengan kecekapan koreografer aku (Didi), gerakan dan persembahan Puteri Gunung Ledang telah menggamit perasaan penonton pada malam itu (kalau lighting lagi grand, mesti semua orang terpegun tp apakan daya.....!)


Aku bersama anak2 zapin aku...!


Berbeza pula dengan persembahan zapin. Walaupun tarian Zapin Tenglu ini sekadar menggantikan persembahan dari SMK Anjung Batu, tp mereka telah memberikan persembahan yang sangat bertenaga. Penari2 aku terdiri dari pelajar ting1 hingga ting5.Bila aku tgk persembahan diorang mcm nak nangis pun ada. Entahlah....perasaan ni mmg xleh nak buat2 kan...Aku sangat2 terharu dengan mereka....Thanx sayang...cikgu bangga dengan kalian (bersedia untuk Citrawarna pula yer....)

Disamping itu, ada juga persembahan koir dari SKTBB (bekas sekolah rendah aku dulu)....teringat pulak masa dulu ketika aku tinggal di Jalan Kubur, Kg Bakar Batu...aku sek di SKTBB dari thn 1984 hingga 1989..masa tu kemudahan tak la ada sangat..tp dengan kemudahan yang sedikit itu berjaya membentuk menjadi aku sekarang ini...dan sebagai kenangan...

aku abadikan gambar aku dengan diorang...kiut2 diorang nih (adakah aku sekiut mereka dulu...?)hehehehe...
Hish..itulah kenangan pahit manis aku semasa konsert tersebut berlangsung yang bukan sahaja memberikan memori indah tp mengorbankan banyak tenaga, masa dan wang ttp itu bukan persoalan utama kerana yang paling penting ikatan antara penari2 aku yang aku rasa tidak dapat digantikan dengan wang ringgit. Bila aku hantar mereka balik ke rumah masing2 ( diorang tidur di rumah aku selama konsert dan raptai berlansung..),aku rasa seperti kehilangan...suara diorang dah tidak berkumandang lg di rumah aku..adakah ini rinduuuu??????
Tp tidak mengapalah, bukannyer mereka jauh pun...datang sek nnt bolehlah jumpa lagi....


tak lupa juga...aku abadikan gambar bersama anak kesayangan aku...AMMAR..!

P/S : Selamat berpuasa untuk semua....!

Thursday, August 20, 2009

Trip to Singapore....!

Hai sumer...watper?hehehehe soalan yg sama jek ek...oklah, sebenarnya, aku g spore last sunday..tp br hari nih aku sempat nak updated blog...biasalah...baru habis Konsert Apresiasi Seni RIMUP Kebangsaan kat Pesada. Pasal konsert tu nnt aku citer kemudian. Kali ni aku nak citer pasal show aku kat Singapore....
Aku ngan Didi g Singapore sebab ada show kat sana...Kira macam job kawan atas kawan la. dia nak 2 orang jek wat gerakan Jawa..guna lagu Hatinya Tak Tahan.dia bayar sorang S$50 ngan duit transport.....So gigih la kitorang gerak..Dah setahun gak aku tak masuk Singapore...DAn yang paling penting, aku masuk guna CIQ yang baru..hehehe.Gigih la kan!
MUla2 masuk, aku agak impress...berteknologi tinggi gak la...Lebih baik dr yang dulu punya, then siap ada hiasan air lagi.



Sempat berposing jap....

Then, sampai kat Singapore br kul 12, padahal majlis tu dalam kul 4.30pm...so aku decide nak g umah nenek aku dulu. dalam kul 2 br kitorang gerak ke tempat yang ingin dituju iaitu Fort Canning..Diorang kata naik cab senang..tp biler tanya kat makcik aku..naik MRT jek.



Lagi jimat. Kitorang sampai kat area Fort Canning dalam kul 3 lebih la jugak... Nak cr tempat dia lagi. Last2,jumpa la tempat tu...


Tempat ni kira mcm A'Famosa Singapore la.Ada banyak tempat tinggalan sejarah kat cni ok...Tp masa aku sampai tu x sempat nak tgk2 around...Sampai jek kat ctu, trus tukar baju untuk show...


Tu dia tema pakaian kitorang...diorang nak tema jawa...ni la citernyer...Jawa x aku..heheheh!Sebenarnya, show ini adalah re-launching butik pengantin.So kitorang mcm opening sikit2 ler....heheheh...


Ni plak antara models yang terlibat....

Tuesday, August 18, 2009

Dah macam mak orang dah....!

Salam semua...apa khabar hari ini? Dah lama x update blog.....hehe.Bukan apa, aku bz ngan lathan dan rehearsal untuk Konsert Apresiasi Seni RIMUP Kebangsaan....dan pada masa yang sama, 8 orang anak aku dok kat umah.senang ckit nak bergerak....rumah diorang sumer jauh2 so biler dok umah aku senang r sikit nak bergerak kan...
So, biler sumer dok kat umah aku nih...semua la ak kena jaga,...makan,minum, urusan harian, kejut pagi,mandi semua aku kena susunkan...dah macam mak orang dah!!!!
As usual, biler bangun pagi...aku kejut sorang2 suruh mandi, sambil tu ku kemas dapur ker, basuh baju ker...baju diorang nih kalau tak basuh cepat2 leh menimbun mcm bukit dah!!!!
Citer pasal mandi nih, cuba la bayangkan 8 rang nak mandi bergilir2...kalau latihan start kul 8...kul baper diorang kena bangun...pastu kena standby diorang punya breakfast.....!8orang kan ...
Tu yang aku kata dah macam mak orang....nasib baik ler makan tengahari sumer ditaja oleh penganjur....!
Ble balik ptg lepas latihan pulak dah kena sediakan makan malam...gitu ler seharian ...Untuk pengetahuan semua, Konsert Apresiasi Seni RIMUP Kebangsaan akan berlangsung pada 19ogos 2009 jam 8 malam di Pusat Konvensyen PERSADA Johor...So wish me luck guys....!

Thursday, August 13, 2009

Menari Lagi....

Hai semua, sihat x hari nih? Kalau x sihat, g jumpa doktor cpt2..sekarang pun mmg musim orang sakit kan...Aku ingat lagi dulu masa aku sekolah, jarang la ada wabak2 sakit mcm nih....tp sekarang nih,orang demam pun leh meninggal dunia. Moga2 kita dijauhkan ek dgn benda2 mcm tu.....Insya-Allah!
Oklah, cerita menari nih mmg dah xleh lekang dari hidup aku. Ingat xder show, tp ttp Tuhan nak kasi rezeki kan.Alhamdulillah.....Minggu lepas show kat Hotel Grand Paragon. Hari sabtu pulak tu.Padahal masa tu,aku ngah uruskan latihan budak2 EC untuk Konsert Apresiasi Seni Perpaduan RIMUP Kebangsaan...dari pagi sampai petang aku dok pulun budak2 tu latihan.Nasib la ada ajak ngan Didi...Sebenarnya, diorang yang banyak tolong aku untuk latihan nih.....Aku nih x kuat sangat nak kareograf. Aku lebih kepada pengurusan jek.....

Wirama d' Tari
Close-up aku dan Eva

Didi dan Ashua

So, lepas latih diorang, kitorang plak wat latihan...Ni sebenarnya show carma Mek Su..So biler dah dpt carma kene la kareograf tarian baru. Dia nak overture perpaduan, then tarian ago-go,...Apa Guna Berjanji dengan Malam Pesta Muda Mudi.......!!!!Bergelek sakan la kan...
Minggu ni,kitorang sumer bz ngan latihan intensif konsert tu...Sebenarnya,konsert tu akan diadakan pada 19 ogos 2009 kat Pusat Konvensyen PESADA Johor.....Konsert ini akan dihadiri oleh Pegawai KPM dan Timb Perdana Menteri Malaysia rasanya....itu yang aku gegel tu....harap2 semua menjadi la ek....!

Friday, August 7, 2009

aKU sTRESS....

Aku sress....naper aku stress nih..? Selalu kalau jd cikgu mcm aku nih, mmg selalu banyak keje..tapi x tau plak kenapa tugasan aku yang ini aku menjadi stress....!
Konsert Apresiasi Seni RIMUP Kebangsaan semakin dekat iaitu 19hb Ogos....Lebih kurang lg 2 minggu n Preview untuk Pegawai-Pegawai dari KPM adalah pada hari Rabu ini..... 12 Ogos 2009... Budak2 aku x wat apa2 latihan zapin lg.... Zapin Tenglu plak tu...budak2 yang baru nak join sgt x kuat...x sesuai nak ditonjolkan untuk konsert peringkat kebangsaan...malu tau aku selaku cikgu persembhan tarian ec....n aku tak sanggup nak malukan muka pengetua....hish!!!! Selama ini aku gah ngan persembahan sekolah ec yang vast....tapi sekarang nih....entahlah!
Kalau ikut jadual, esok ada latihan....Budak2 yaang nak join pulak wat hal, ada yang xleh dtg la, nak dtg lambat la...xnak dtg la...padahal kalau ikutkan diorang akan dapat sijil peringkat kebangsaan.Besar meritnya...tp diorang wat hal pulak....Kalau mcm gini ler, aku cr budak lain jek la!!!!
Entahla kenapa...malam nih mmg aku strees ckit...Macam JK2 tak berapa gitu...!

Tuesday, August 4, 2009

Sekadar Renungan....

Hai semua...bizy ker hari nih...? Kalau orang ada keje mesti la bz kan..tp kalau dok jek melepak xder la bz pun...
Aku pun mcm biasa..dah malas nak declare diri nih bz ker tidak..Tiap2 hari mmg hidup aku mcm gitu.Tp kalau xder keje dah mcm kelakar pulak kan...Nak buat mcm mana.Ni keje yang aku cari n i really enjoy myself...Kadang2 tu kalau aku tak masuk kelas pun satu hari...aku ttp akan tercongok kat depan pintu pagar sekolah tunggu anak2 aku balik sekolah.Sekadar nak melepaskan rindu kat diorang semua...hehehehe. Dan mcm2 perangai diorang nih, tu yang wat kelakar kadang2...So kenapalah ada cikgu yang kata keje sebagai cikgu ni stress....Stress mmg stress, keje mana yang tak stress kan...tp bila tgk muka diorang nih, hilang stress aku. Lagi klau jumpa budak2 hostel. Kalau aku tak lepak hostel, diorang siap tanya lagi kenapa.....dah lama x dtg...?Aku tak la kata yang aku nih hebat, tp diorang boleh klik ngan aku...selalu luah masalah kat aku...selalu tanya pendapat aku n aku pun xderlah amek kesempatan kat diorang...aku anggap diorang mcm adik aku jek... (nak declare mcm anak aku ni xla tua sgt....! kan...!)..Sebab tu la aku leh tau banyak cerita yang berlaku kat asrama. dari citer dalam kain sampailah citer kat luar kain...sampaikan budak2 nih dah xleh nak rahsia2 dah...bak kata aku...'citer2 kat asrama dalam genggaman aku jek...'...heheheheh!
Hal2 kat asrama nih, kdg2 leh memeranjatkan aku....Ada gak hal2 yang tak disangka boleh berlaku...tak tuduh sesiapa kan,tapi orang kata 'siapa makan cili, harus la mulut dia yang pijar....'Akhirnya, ada gak2 anak2 aku yang kena buang asrama, kena gantung seminggu dan secara sukarela mohon untuk dok luar...kesian gak kat diorang. Ada yang terpaksa berulang alik dari Gelang Patah, dari Ulu Tiram....n ada gak yang umah dia kat Benut, Pontian. cemner nak berulang alik tu?Mula2 dia nak dok kat umah aku,tp xjadi. Xder kawan katanya.....nak wat cmaner,nasib la ada umah kakak dia dekat area2 JB nih....
Pada aku, diorang bukanlah jahat sangat pun..walaupun ada gak kes2 buang tu yang mmg kesalahan extrem...yang tu mmg kena banteras...tp yang lain2 sumer ok ngan aku...Xder masalah langsung ngan aku, sampaikan aku tak sangka dia leh wat mcm tu kat warden dia....Terlajak perahu leh gak nak undur, kalau terlajak perbuatan...padan la muka korang kan....
So, moral of the story...tak kira la awak tu pelajar atau guru atau sesaper jek, kalau dah salah ttp salah gak....tp risau gak, kalau tukar warden...aku ker kene jd warden...mati ler.....(ker best...) heheheheheeh...suka ati ler.
Untuk anak2 aku yang masih lg belum sihat kat asrama tu, jaga diri,jaga peribadi, rehat banyak2 n jgn lupa makan ubat ok....