Thursday, February 12, 2009

Kejohanan Olahraga Ke-79

Akhirnya, Kejohanan Olahraga MSAB ke-79 berakhir tengahari tadi. Penat memang ler penat tp puas sgt. Tahun nih, tugas aku ialah menyediakan makanan dan minuman para pelajar. Mula2, mcm nak tempah tp biler fikir2 balik, aku buat keputusan nak msak sendiri.Terkejut x?hahahah...jgn tak tau aku pun boleh masak gak.So dengan pertolongan 2 org housemate aku (sekarang aku tinggal bertiga jek kat umah...lebih aman....!), kiotrang pun memulakan la oprasi Wirama d'Catering...
Menu....nasi goreng cina, telur rebus, sambal tumis ngan kuih.air aku bancuh sendiri.....So operasi bermula jam 10 sampai kul 6pg. Tp aku ttp tido r. Yang tak tido si Ajak ngan si Didi..Diorang la yang masak. Aku tukang kemas, blender2 barang...
So, pagi tadi, bila dah sampai Stadium...(sukan sekolah aku wat kat Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, Larkin), terus ler aku susn2 makanan ngan nak wat air. Tp cikgu2 x bawak air mineral,so kena r tunggu jap dulu.Tema air aku, air grundy... ttp warna hijau ok. Gigih cari jus warna hijau.
Pastu, aku tgk2 r budak2 yang masuk kawad....So review pasal kawad aku....


Ni maskot rumah Grundy (rumah sukan aku ler tu...!), rumah sukan warna hijau. Konsep ala2 Harry Potter.... And yang paling best..kitorang menang Perbarisan Rumah Sukan..!Best...best!


Yang ni pun grand...maskot rumah Drury (Mcm butterfly..then mcm Ultraman plak....!) Tp ttp vogue....best r kepak dia ada corak2 kan! Hahahah...

Yang nih, aku mmg respect giler...Tahniah kat guru2 umah Lowe..walaupun xmenang aku ttp iktiraf nih maskot terbaik. sangat vogue....siap bawak sudip lg ok....Gigih ler....

Ok sekarang, kita tgk plak grup2 perbarisan ok.....

Nih grup kadet koreksional. ramai dah ahli dia skrg....siap ada budak2 pompuan f6 lagi kan. Tahun lepas grup nih mmg kelas, banyak menang pertandingan peringkat kebangsaan. ketua tahun lepas Shahmi...sekarang dia dah abes f5 dah....

Ni plak pasukan PKBM (L)....dressing mmg best.....

Ni pulak team Kadet Polis.... Menang Perbarisan Terbaik (Kategori Unit Beruniform...)Kelihatan Faiz sedang ternganga..terkejut kot aku nih vogue sangat td....!

Pasukan kadet Bomba.... ada Fiq dalam nih....Dah ramai gak dah budak2 bomba sekarang nih....!

Pasukan Pengakap Laut....meletup grup nih ek...hahahaha!


ni plak pasukan pembawa bendera Kejohanan.....!


pasukan Kadet Darat.....!


Next kita tgk pulak gelagat atlet2 yang sempat aku snap2 nih.....





So itulah cerita2 n gmbr2 Kejohanan Olahraga MSAB Ke-79... Penat mmg ler penat tp sumer dah settle.....Alhamdulillah.....semua berjalan lancar...!Tahniah kepada semua..tp esok n Sabtu ttp kena g sekolah huhuhuhhuh!!!!!!


Monday, February 9, 2009

Mekap lg......

Ari Ahad aku dpt lg job mekap kat Q Pinang... ingatkan mekap kat kedai jek.Rupanya, kena bawak pengantin sampai kat umah pengantin.Tp on da way nak ke Kulai tu, aku terserempak dengan perarakan Thaipusam....so sempat la aku snap2 gmbar kat tepi jalan...



Takut seh tgk diorang wat camni....!


Then, aku pun sampai kat Q Pinang. Kedai nih, kawan aku yang punya.Dia wat printing n ala2 butik pengantin la gitu.....kalau ada mekap2 yang lite2...aku g la kan... Dapat r duit ckit.



Ni muka si Aishah sebelum aku mekap.....


Ni biler dah siap mekap n pakai baju



Ni muka Aishah ngan suami dia Nazim....

So saper2 yg nak tempah pakej kawin...contact ler aku k....!

Sunday, February 8, 2009

Sabtu...


budak2 1 Dinamik... (pengakap darat)


budak2 kadet laut sedang beraksi


semua team sibuk latihan kawad



budak2 band standby nak berlatih....!

Hari nih x declare pun sebagai Hari Latihan Ko-Kurikulum, tp ramai yang dtg nak wat latihan especially latihan kawad. dah nak Hari sukan kan, so semua bahagian pun wat training la. Kalau x biler lagi kan. Tinggal berapa hari jek lagi dah Sukan Sekolah dah...
So biler aku dtg sekolah td, wow....ramai budak2 yang turun. Meriah semacam jek kat sekolah. So dari gmbr2 tu, korang tgk n enjoy ler sendiri ok....Chow.!

Friday, February 6, 2009

My Band....

Dulu masa aku sekolah kat EC, pasukan Band belum ditubuhkan lagi.. Kalau dah ada mungkin aku antara orang yang aktif join. Yelah,dulu aku ada gak berangan nak belajar main muzik...tp masa dan keadaan x mengizinkan. Sekarang nih, biler aku fikir2 balik mcm menyesal plak biler tak belajar. Tehn, biler aku lalu dekat2 ngan kedai muzik mcm nak enrol jek amek kelas main piano atau keyboard xpun belajar main organ....huhuuhuh. Tp tu citer dulu!!!


Sekarang nih, aku dah masuk tahun kedua jd guru penasihat pasukan band. Tahun lepas, mmg kecoh la ckit dengan cerita2 kontroversi!Panas ler jugak kan. Tp yang tu dah tahun lepas, masa aku jd ketua guru penasihat Pasukan Pancaragam EC. So thn 2009 nih, aku masih guru penasihat cuma bukan ketua lagi. Jd guru kecil2 jek, ala2 yang tak penting kan....hahahahah. Tp aku tetap bersemangat nak teruskan pasukan band nih!!!! So, sebagai alternatif, aku membuat hebahan pasal pasukan band.Akhirnya, aku berjaya la jugak kumpulkan dalam 20 orang budak petang (f1 dan f2)....ok ler kan. Kalau dicampurkan dengan budak pagi,leh gak mencecah dalam 40 orang kot....Azam aku, aku nak pastikan dalam setiap tingkatan ada 10 orang yang berminat nak masuk band. Kalau betul2 tu, leh dapat 50 orang dalam setiap tahun kan.....Tp aku akan jaga budak2 sesi petang jek. Yang sesi pagi tu, kenalah cikgu pagi uruskan kan....x gituh cik kiah!!!!
Kadang2 budak band nih malas nak bincang apa2 sgt dengan cikgu pagi dia...lebih suka luahkan perasaan kat aku jek...Motif???!!!!



Mcm korang tgk, budak2 band yang dtg latihan td petang cuma sekerat dua jek....tu yang lebih ramai budak2 sesi petang, manakala budak2 sesi pagi nan ado!!!!4 orang jek...So korang rasa sapa yang buat kerja...n sapa yang tak buat kerja..?fikir lah sendiri. Aku xnak tuduh sapa2 ok..karang keranan tulisan kat blog aku nih, abes aku naik mahkamah....!matiiler.....

Cuma yang aku nak puji..budak2 sesi petang nih...diorang cepat tangkap apa yang senior diorang ajar. Dalam masa 2 minggu jek, dah ada yang boleh main....Tahniah!....ada gak senior diorang yang dah main band 2,3 tahun tp xpandai2 gak....apa lagi yang aku nak buat kan...!

Okler, esok diorang akan ada latihan lagi.Maybe aku akan turun sama kot...

Thursday, February 5, 2009

Hari ini....

Entah kenapa ek...?badan aku lemah jek 2 3 hari nih.Mungkin penat bekerja kot.Lagi2 sekarang ni, mcm2 benda nak kena buat.Tapi nasib la tak banyak tanggungjawab kat sekolah kan.Semakin nak dekat Sukan Tahunan ni,badan makin penat jek rasa....kena makan supplement pills kot.

Sekarang nih, aku ada rapat dengan sorang budak hoki f2....Faiz. Entah camner leh rapat dengan dia pun tak tau ler. Dia ni penolong kapten petang rumah Grundy. Baik budaknya.Suka tolong aku n aku ada tumpangkan dia balik opis bapak dia kat Library. Bapak dia keje kat situ. So biler balik dari latihan rumah sukan n Sukantara aku tumpangkan dia lah. Bukan jauh sngat pun...So, apa motif aku cerita kat sini....Entahlah...!tepuk dada tanya selera....

Selain itu, aku tengah menghitung hari nak mulakan latihan tarian dan bahas. Harap2 lepas sukan sekolah dan ujian formatif 1 aku boleh mulakan latihan tu semua kan. Takut gak tak sempat nak latih budak kan.Lagi kalau pertandingan bahas....harap2 sempat la latih diorang semua. Aku ada gak 2 3 nama budak yang berminat nak masuk n join team. Tapi budak2 form 1,so kena r gigih nak latih kan.....

Selain tu, aku kena standby untuk bahas guru gak. Kalau ada surat arahan PPD suruh aku masuk bahas, kena lah pergi kan. Padan la muka s****a kena relief kelas aku.Hahahahah! Dengarnya Tipah dah xnak wakil PG...perlu ker percaya u ols?Kakak-kakak suka propa!!!!TUggu dan lihat je la kan...

Then, aku pun teringin nak join balik Debat Komuniti Bestari....thn nih leh join kot...!Tengoklah macam mana kan....

Oklah, dah ngantuk nih....selamat berhujung minggu...(cuti sampai ari Isnin kan...)

Wednesday, February 4, 2009

X larat rasanya...

x larat rasanya hari nih.walaupun Sukantara dah abis...(tahniah kat rumah Grundy..Johan Sukantara..!)..tp badan still tak larat.Pagi tadi bangun awal ckit..lepas kemas blik lite2 then gosok baju. Hari nih pakai baju korpporat. Selalunya hari Rabu kena pakai uniform atau baju korporat..Senang ckit ler...Tiba kat sekolah pun awal..dalam kul 12 dah sampai dah.Kira awal la tu kan.
Hari nih dah start acara sebelum sukan..Pencapaian mcm hampeh jek..Then bila si Fahmy wat pengumuman, rumah Grundy dah berjaya kumpul 3 emas dan sekarang dalam ranking yang pertama.Walaupun aku bukan guru yang terror bab2 sukan nih, of course aku still bangga kan.Hahahahah....
Keadaan kelas pun ok.aku semakin suka plak kelas2 yang aku ngaja sekarang. Budak2 zaman sekarang nih dah makin maju dah. Bila aku cakap aku ada MySpace...maka berduyun2 la budak2 add aku tau.Tapi aku melihat ia sebagai perkembangan yang sihat. Maknanya, mereka semakin maju dari kita la tu....
Even, budak2 kelas 2gigih pun ok ler sikit berbanding tahun lepas....diorang nakal2 jek...Bukan jahat pun.Tapi jangan pulak lepas nih diorang buat hal plak...!
Tahun nih pun aku mengajar dengan kaedah baru.Dah tak guna buku latihan dah.Semua guna fail jek.Tapi aku tak wat check list lagi saper yang ada fail atau tak...So kena la check nnt...
Oklah,nak gi mandi nih.Jap lagi nak gi sekolah Zureen.Didi ngan Ajak nak gi mengajar menari budak2 dia. So leh la aku g makan kat sana...Kak Ida tak bukak kedai plak hari nih...Sentap!

Sunday, February 1, 2009

1 Feb...

1 Feb...hari Ahad...hari terakhir cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina. Haiyooo...dah abis dah cuti sekolah kan. Kejap jek..heheheheh apa lah kerja-kerja yang berjaya aku siapkan masa cuti nih?nan ado....
Esok dah mula sekolah balik n dah start Sukan Tara. Tapi yang peliknya, Sukan Tara waktu pagi,then waktu petang sekolah pulak.Ramai ker budak2 yang datang bila wat cam tu?Pelik la sekolah nih sekarang nih...Macam-macam benda pelik berlaku kan....Ingat lagi masa aku sekolah dulu, xder la sangat jadi macam nih. Sukan Tara tetap wat waktu petang. Datang sekolah macam biasa, then lepas rehat baru Sukan Tara....
Tapi tak pe lah...aku nih yang menurut perintah, so kenalah ikut jek kan....bosan seh mula2 cuti dah kena bangun pagi...damn!
So kepada semua orang yang akan memulakan tugasnya esok...gud lark n selamat berjaya....!