Wednesday, August 26, 2009

PTK oh...PTK!

Selamat berpuasa hari yang ke 5 ek?...cepat jek masa berlalu kan tp adakah kita benar2 menghayati erti bulan mulia bulan Ramadhan ini...?hehehehe.Kata orang mata dan telinga aku lebih dekat dengan mulut berbanding mata dan telinga orang lain.So, nasihat ini patutnya aku yang kena fikir dulu sebelum orang2 lain yang selau baca blog aku nih fikir kan...hehehehe.
Aku bersyukur gak sebab bulan Ramadhan thn nih bermula serentak dengan cuti sekolah...So agak relax la ckit. Leh aku 'adapt' dengan keadaan berpuasa nih sebelum mula sekolah semula.
Esok, aku akan amek peperiksaan PTK...Apa tu PTK? PTK stands for Penilaian Tahap Kecekapan.Peperiksaan khas untuk menilai tahap penjawat awam di Malaysia...Ni 1st time nih nak amek...Kononnya, aku gigih ler beli buku PTK...set soalan tp 'haram' nak baca....akhirnya, aku tercongok kat City Square nak g tgk wayang...boleh gitu?
Anak2 aku ada 6 orang kat CS ni jugak.Diorang nak jalan2 jumpa kawan...so kebetulan itu aku gunakan nak tgk wayang...sorang2 pulak tu..Mcm aman la ckit kan....
Ajak latih budak2 teknik perdagangan untuk festival zapin. Didi kat umah. Kesian dia, semalam gigih masak tuk sahur, lepas masak kononnya dia nak baring2 jap.LAst2, sedar masa orang azan...Motifnya....takder sorang pun yang bangun nak sahur...So dia stay kat umah...settlekan umah!!!
Habil plak mcm meleweh ckit. Nak berniaga kat bazar ramadhan.Tapi esok br nak mula.Aku ckp hari nih....entahlah 'hadek2' zaman sekarang nih...Meleweh jek kan....!
Oklah, pada semua kawan2, selamat berpuasa hari nih....Buka pose katner hari nih? Aku mcm biasa, bila ada anak2, buka pose kat umah je la kan....
P/s : Jaga diri, hiasi peribadi ok....!

1 comment:

mknace unlimited said...

;) :) :)
good luck
saya pun tak baca apa-apa lagi ni LOL